adverse criticism | tegur memburukkan | Undang-undang | Tiada | Tiada |
smear campaign | kempen kotor | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kempen yang dilakukan untuk memburukkan pihak tertentu dalam satu persaingan politik untuk menjatuhkan pihak lawan. Kempen ini boleh dibuat dalam bentuk cerita negatif mengenai seseorang itu secara lisan, disebar melalui e-mel, surat layang, ceramah atau percakapan dengan orang ramai. Kempen ini juga melibatkan cerita peribadi, keluarga, ketidakupayaan calon, atau khabar angin yang sukar untuk dibuktikan. Contohnya, cerita negatif mengenai kekayaan keluarga Soeharto sering disebarkan untuk menjatuhkan mereka. |
negative campaign | kempen negatif | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kempen yang dilakukan bukan untuk menonjolkan kebolehan dirinya tetapi untuk memburukkan pihak lawan. Kempen bentuk ini boleh wujud dalam negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi yang sangat liberal apabila isu yang disuarakan tidak langsung ditapis atau disekat oleh pemerintah. Pesaing yang tidak memiliki banyak aset untuk menonjolkan kebolehannya akan menggunakan keburukan lawan dalam kempennya. |
human error (HE) | kesilapan manusia | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Keputusan tidak tepat dan/atau tindakan tidak sesuai yang berpotensi untuk menyebabkan kegagalan sesuatu sistem, mencetuskan kemalangan atau memburukkan lagi keadaan kemalangan. Lihat juga human error probability (HEP), human failure event (HFE), post-initiator human error, pre-initiator human error. |
residential construction activity index | indeks aktiviti pembinaan perumahan | Sosiologi | Tiada | Pengukur yang dinamik yang meneliti tahap pembinaan perumahan tahunan berbanding dengan perubahan penduduk sesuatu kawasan. Ia menunjukkan sama ada aktiviti pembinaan semasa mempunyai justifikasi atau akan hanya memburukkan lagi keadaan. |
residential construction activity index | indeks aktiviti pembinaan perumahan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Pengukur yang dinamik yang meneliti tahap pembinaan perumahan tahunan berbanding dengan perubahan penduduk sesuatu kawasan. Ia menunjukkan sama ada aktiviti pembinaan semasa mempunyai justifikasi atau akan hanya memburukkan lagi keadaan. |
serious bodily harm | kecederaan teruk badan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Kecederaan pada tubuh badan, kesan daripada jenayah genosid yang dilakukan oleh pihak-pihak yang ingin menghapuskan atau memusnahkan sesuatu kumpulan atau bangsa yang dilindungi. Kecederaan teruk badan merupakan salah satu elemen actus reus dalam jenayah genosid. Kecederaan teruk badan boleh disebabkan oleh perhambaan, kebuluran, deportasi, penahanan di kem yang memburukkan keadaan tahanan, rogol atau penderaan terhadap mangsa. |
serious mental harm | kecederaan teruk mental | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Kecederaan atau gangguan terhadap mental, kesan daripada jenayah genosid yang dilakukan oleh pihak-pihak yang ingin menghapuskan dan memusnahkan sesuatu kumpulan atau bangsa yang dilindungi. Kecederaan teruk mental merupakan salah satu elemen actus reus dalam jenayah genosid. Kecederaan teruk mental boleh disebabkan oleh perhambaan, kebuluran, deportasi, penahanan di kem yang memburukkan keadaan tahanan, rogol atau penderaan terhadap mangsa. Contoh kecederaan teruk mental ialah mangsa menjadi gila, fobia, takut, keinginan untuk mencederakan diri sendiri atau membunuh diri. |
carbon sequestration | sekuestrasi karbon | Pertanian | Agroteknologi | Proses mengikat karbon dioksida dari udara untuk mengurangkan gas rumah hijau akibat pemanasan global. Kebanyakan proses ini dilakukan oleh tumbuh-tumbuhan melalui proses fotosintesis yang menyebabkan karbon dioksida diikat bersama-sama air untuk menjadi karbohidrat. Selagi tumbuhan ini tidak dimusnahkan, karbon dioksida ini akan terus berada dalam bentuk karbohidrat. Ini bermakna untuk mengurangkan pemanasan global, kawasan yang ditumbuhi tumbuh-tumbuhan perlu dikekalkan atau ditambah. Sebaliknya, aktiviti menebang dan membakar hutan akan membebaskan karbon dioksida dan meningkatkan kandungan gas rumah hijau serta memburukkan lagi pemanasan global. |
legal person | orang perundangan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Entiti yang mempunyai hak dan kewajipan dalam sesuatu sistem undang-undang. Dalam sistem undang-undang nasional, orang perundangan termasuk orang sebenar, syarikat, pertubuhan dan kerajaan. Walau bagaimanapun, hak dan kewajipan syarikat, pertubuhan dan kerajaan tidak sama dengan hak dan kewajipan orang sebenar berdasarkan perbezaan fungsi dan peranan masing-masing. Contohnya, syarikat atau pertubuhan mempunyai hak dan kewajipan untuk menyaman mana-mana pihak yang merampas hartanya atau memburukkan namanya. Dalam undangundang antarabangsa, orang perundangan termasuklah negara dan pertubuhan antarabangsa yang mempunyai hak dan kewajipan seperti membuat tuntutan di mahkamah atau tribunal antarabangsa dan membuat triti antarabangsa. |