ensemble | kumpulan teater tetap | Kesenian | Drama dan Teater | Kumpulan yang mementaskan teater dengan gaya, bentuk dan teknik mereka yang tersendiri. Oleh sebab para pelakon kumpulan ini sering terlibat dalam persembahan yang hampir sama, maka mereka mempunyai keyakinan bersama yang tinggi dalam pementasan teater. Contohnya, Persatuan Bangsawan Bintang Timur pimpinan Rahman B. yang hanya mementaskan teater bangsawan. |
passion play | drama penyalihan | Kesusasteraan | Tiada | Drama yang mementaskan kisah penyalihan dan kebangkitan semula Jesus. Biasanya drama ini dipentaskan pada hari Good Friday dalah agama Kristian. Dalam ini mula dipersembahkan seawal abad ke-13 di Eropah dalam bahasa Latin dan bahasa tempatan. Contoh terbaik drama penyaliban terdapat di Oberammergau, Bavaria yang dipentaskan setiap 10 tahun sekali semenjak tahun 1633. Drama ini juga dikenali sebagai drama takziah dan drama tabui. |
theater of cruelty | teater kekejaman | Kesusasteraan | Tiada | Teater yang mementaskan aksi ganas dan kejam. Tujuan pementasan adalah untuk mengejutkan khalayak, iaitu apa yang terpendam dalam lapisan bawah sedar khalayak dapat dilepaskan. Teater kekejaman dimulakan oleh Antonin Artaud pada tahun 1930-an. Teater ini memberikan kesan ke atas deria manusia untuk membolehkan mereka memecahkan sekatan psikologikal yang mengongkong kehidupan serta pemikiran. Teater kekejaman menggunakan pelbagai teknik seperti kesan cahaya yang menyilau, mimos, serta aksi yang sensasi dan dahsyat. Contohnya, drama oleh Peter Wiess berjudul Marat/Sade. |
black theatre | teater hitam | Kesusasteraan | Tiada | Teater yang bermula dengan hasrat warga Amerika yang berkulit hitam untuk mencari jati diri. Teater hitam dipengaruhi oleh Gerakan Hak-hak Sivil, dan gerakan Black Power di Amerika Syarikat. Pada tahun 60-an, gerakan teater ini menjadi semakin radikal. Pelakon teater berkulit hitam mula memisahkan diri mereka daripada pelakon teater berkulit putih Amerika. Seterusnya, mereka mementaskan teater untuk penonton berkulit hitam sahaja walaupun untuk drama Shakerspeare. Teater pertama dipentaskan oleh pelakon teater berkulit hitam berjudul A Raisin in the Sun (1959) oleh Hansberry. Antara pelakon teater dan drama berkulit hitam yang terkemuka ialah Jamses Baldwin, Ed Bullins, dan Le Roi Jones. Le Roi kemudiannya menukarkan nama kepada Amamu Amiri Baraka. Lihat juga negritude. |