gaseous transfer | gas) | Geologi | Tiada | 1. Proses yang pengangkutan memilih zat magmanya dilengkapi penaikan gas dari aras rendah ke aras yang lebih tinggi. 2. Proses pembezaan magma melalui pengasingan fasa gas yang kemudiannya bergerak relatif terhadap magma. |
prepublicity | praseranta | Komunikasi | Korporat | Proses dan strategi yang dilakukan lebih awal oleh penganjur bagi mendapatkan tumpuan khalayak terhadap sesuatu acara sebelum dilaksanakan. Proses ini diurus secara berperingkat dan bersistematik dengan mengaturkan acara kecil yang berasingan tetapi berkaitan dengan acara utama dan melibatkan liputan media. Contohnya, sebelum acara utama perlumbaan kereta Formula 1 diadakan, pelbagai acara kecil yang berkaitan dianjurkan. Antara acara kecil tersebut termasuklah pameran model kereta yang terlibat dalam perlumbaan berkenaan dan peralatan lain yang berkaitan, pertandingan ratu cantik Formula 1 bagi memilih sukarelawan semasa perlumbaan sebenar,,dan jamuan makan malam bersama pembesar negara serta bintang Formula 1 bagi memilih sukarelawan semasa perlumbaan sebenar, dan jamuan makan malam bersama pembesar negara serta bintang Formula 1. Acara kecil tersebut bertujuan untuk mewujudkan kemeriahan dan sokongan khalayak terhadap acara utama yang akan diadakan. |
auto-abstract | autoabstrak | Perpustakaan | Tiada | 1. Hasil terakhir daripada mesin yang menyediakan sesuatu petikan yang mengandungi ayat-ayat lengkap daripada sesuatu dokumen yang telah disarikan.,2. Memilih dan mengumpulkan kata-kata kunci daripada dokumen melalui kaedah mesin atau secara automatik untuk membentuk sari dokumen. |
sorter | pengisih | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Pekerja perkeranian yang mengisih bahan atau item tertentu seperti bil, cek, surat dan kenyataan untuk tujuan pemfailan dan mel.,2. Mesin atau peranti yang memilih kad tebuk atau menyusunnya di dalam kumpulan atau susunan yang dikehendaki. |
gearshift | penganjak gear | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Alat yang dipasang dalam kotak gear yang membolehkan pemandu memilih gear penghantaran ke kedudukan gear 1, 2, 3, 4, pacu lebih dan juga gear undur. Alat ini terdiri daripada tuil penganjak yang disambung pada aci penganjak yang menggerakkan cabang pemilih gear. Tuil penganjak boleh terletak di lantai kenderaan atau disambungkan ke tiang stering. Alat ini terdapat pada kotak gear kendalian manual kenderaan bermotor. |
query | pertanyaan | Teknologi Maklumat | Tiada | 1. Dalam komunikasi data, proses pertanyaan oleh stesen tuan (seperti kerangka utama) kepada stesen hamba dengan memperkenalkan diri dan menentukan status hamba sama ada sibuk, menunggu atau sebagainya. 2. Proses pertanyaan kepada pangkalan data iaitu dengan memilih beberapa atribut daripada rekod untuk menjana laporan. |
query | pertanyaan | Teknologi Maklumat | Tiada | 1. Dalam komunikasi data, proses pertanyaan oleh stesen tuan (seperti kerangka utama) kepada stesen hamba dengan memperkenalkan diri dan menentukan status hamba sama ada sibuk, menunggu atau sebagainya. 2. Proses pertanyaan kepada pangkalan data iaitu dengan memilih beberapa atribut daripada rekod untuk menjana laporan. |
economics | ekonomi | Ekonomi | Tiada | 1. Ilmu sains sosial yang mengkaji gelagat atau perlakuan manusia dalam memperuntukkan sumber yang terhad untuk memenuhi keperluan dan kehendak yang tidak terhad, yang bersaing antara satu sama lain. Mengikut P.A. Samuelson, ekonomi merupakan satu kajian tentang bagaimana individu atau masyarakat memilih, sama ada dengan menggunakan wang atau tidak, untuk menggunakan sumber produktif yang terhad, yang mungkin mempunyai alternatif penggunaan, untuk mengeluarkan pelbagai komoditi pada sepanjang masa, dan mengagihkan komoditi itu untuk penggunaan sekarang dan penggunaan masa depan (tabungan), kepada pelbagai manusia dan kumpulan dalam masyarakat. 2. Kegiatan manusia dalam pengeluaran, pengagihan, dan penggunaan barang atau perkhidmatan. |
net premium | premium bersih | insurans | Tiada | 1. Amaun premium yang telah ditolak komisen ejen. 2. Premium yang perlu untuk melindungi hanya kerugian yang dijangka sebelum ditambah bebanan bagi perbelanjaan lain. 3. Premium asal yang ditolak dividen berbayar atau dijangkakan bagi polisi insurans hayat penyertaan yang insured memilih untuk menggunakan dividen untuk membayar premium. |
net annual premium | premium tahunan bersih | insurans | Tiada | 1. Amaun premium tahunan selepas ditolak komisen ejen. 2. Premium tulen yang perlu dibayar untuk membiayai kerugian yang dijangka. 3. Premium asal selepas ditolak dividen. Premium ini dibayar atau yang dijangka bagi insurans hayat sertaan apabila insured memilih untuk menggunakan dividennya bagi membayar premium. |