paracoustie (Bld.) | silap dengar | Kesusasteraan | Tiada | Kesalahan yang terjadi kerana silap dengar dalam tradisi lisan. Contoh: 1. Cerita orang yang meminta 'kuat kebal' tetapi tersilap dengar oleh hantu akhirnya diberinya 'kurap tebal'. 2. Kesilapan boleh berlaku ketika menulis cerita yang dituturkan oleh penutur secara lisan. |
martial law | undang-undang tentera | Sains Politik | Politik Perbandingan | 1. Undang-undang yang dikuatkuasakan ke atas sesebuah negara oleh golongan tentera yang telah merampas kuasa negara tersebut dari kerajaan awam. Dengan undang-undang ini, semua hak sivil dibataskan, kebebasan politik terhad dan segala keputusan serta penggubalan undang-undang dibuat oleh pemerintah tentera ini. Pemerintahan ini pernah dilaksanakan di Fiji pada tahun 1988. 2. Pelaksanaan undang-undang tentera oleh sebuah kerajaan awam setelah berlaku satu keadaan darurat yang memerlukan campur tangan dan penguatkuasaan undang-undang oleh tentera bagi memelihara keamanan. Kerajaan awam meminta bantuan tentera untuk mengawal keadaan dan pihak tentera menjalankan tanggungjawabnya tanpa melepasi batasan atau merampas kuasa. Apabila undang-undang ini dibubarkan, pemerintahan akan kembali kepada kerajaan awam. Contohnya, penggunaan undang-undang tentera era Marcos di Filipina pada tahun 1971-1981. |