manikin | manikin | Kesenian | Tiada | 1. Patung manusia yang digunakan untuk memperagakan pakaian di gedung pakaian.,2. Wanita atau lelaki yang memperagakan pakaian semasa pertunjukan fesyen. |
mannequin | boneka pakaian; peragawati/peragawan | Kesenian | Tiada | 1. Boneka pakaian: Patung manusia yang digunakan untuk memperagakan pakaian di gedung pakaian.,2. Peragawati/peragawan: Wanita atau lelaki yang memperagakan pakaian semasa pertunjukan fesyen. |
package | pakej | Komunikasi | Korporat | 1. Set persembahan maklumat mengenai kelompok barangan, perkhidmatan, atau organisasi. Persembahan maklumat dirancang secara berstruktur dan bersepadu untuk memperagakan citra barangan, perkhidmatan, atau organisasi yang berkenaan secara berpakej. Perancangan persembahan ini mengambil kira jenis, mutu, fungsi dan kepentingan barangan, perkhidmatan dan falsafah organisasi. Keseluruhan persembahan akan melambangkan citra barangan dan organisasi sebagai satu pakej. Persembahan secara berpakej dan bersepadu boleh mengatasi kelemahan yang sedia ada dalam organisasi. Contoh set persembahan adalah dalam bentuk kit media dan tawaran jualan barangan berpakej yang mengandungi pelbagai item dengan harga rendah. 2. Gabungan rancangan atau iklan yang ditawarkan oleh saluran televisyen untuk ditaja sebagai satu entiti menggunakan satu harga. Ruang iklan kadangkala dijual sebagai satu pakej. |
catwalk | jalan kucing | Komunikasi | Tiada | 1. Pelantar yang digunakan untuk menggantung lampu di dalam studio. Struktur pelantar perlu kukuh supaya memudahkan petugas mengubah suai kedudukan lampu. 2. Lorong khas yang dibina di hadapan pentas untuk memperagakan pakaian. |
mobile billboard | iklan bergerak | Komunikasi | Korporat | 1. Kaedah pengiklanan yang menggunakan poster, sepanduk dan pepanji dalam pelbagai saiz yang dipasang di dalam atau di luar kenderaan awam yang bergerak. Khalayak iklan jenis ini terdiri daripada pengguna kenderaan tersebut atau khalayak umum. Pihak agensi pengiklanan mempunyai tempoh masa peragaan tertentu yang dipersetujui antara pemilik kenderaan dengan agensi pengiklanan tersebut. 2. Kaedah pengiklanan yang struktur dipasang di atas kenderaan yang berfungsi khusus sebagai alat memperagakan poster, sepanduk, atau pepanji iklan. Kenderaan tersebut akan bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi lain, khususnya di lokasi yang terdapat ramai khalayak bagi mendapat perhatian. |