body alignment | penjajaran tubuh | Gerontologi | Tiada | Proses memperbetulkan kedudukan sendi, tendon, ligamen dan otot semasa berdiri, berbaring atau duduk agar dapat membantu mengurangkan tekanan ke atas struktur muskuloskeletal, mengekalkan tonus otot dan menyeimbangkan tubuh. |
affirmative action | tindakan afirmatif | Sains Politik | Politik Perbandingan | Dasar yang digubal untuk memperbetulkan keadaan atau fenomena ketidakseimbangan sosial ekonomi yang wujud dalam sesebuah masyarakat, khususnya yang bersifat majmuk. Dasar atau tindakan ini diambil secara drastik oleh pemerintah setelah berlaku sesuatu peristiwa yang melibatkan hubungan kaum. Kerajaan Amerika Syarikat pada tahun 1970 telah mengambil tindakan afirmatif dalam bidang pendidikan untuk memberi peluang yang lebih saksama kepada minoriti kulit hitam. Sementara di Malaysia, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang digubal pada tahun 1970 boleh diklasifikasikan sebagai tindakan afirmatif untuk memperbaik ketidakseimbangan yang wujud antara kaum. Sinonim tindakan pengesahan. |