Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.per.hi.tung.kan] | ممڤرهيتوڠکن

Definisi : 1. mengira-ngira be­rapa banyak atau jumlahnya (wang dll): perlu sekali diperhitungkan jumlah bakal peng­undi menjelang pilihan raya; 2. menyele­saikan (hutang dll) dgn membuat perkiraan: hutangmu itu akan diperhitungkan dgn gajimu; 3. mengingat (memikir akan, mem­beri perhatian akan): soal nama tidak perlu diperhitungkan, yg penting ialah perjuangan parti; 4. mempedulikan, mengendahkan: pe­tualang-petualang politik menggilakan kuasa dgn tidak ~ kepentingan nasional; 5. me­rundingkan sesuatu dgn teliti, memper­timbangkan: senang-senang dia membuat sesuatu keputusan tanpa ~ buruk baiknya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.per.hi.tung.kan] | ممڤرهيتوڠکن

Definisi : ingat akan atau memikirkan sesuatu: Hal itu tidak perlu diperhitungkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
logic designreka bentuk logikKejuruteraanTiadaReka bentuk komputer pada aras yang memperhitungkan operasi setiap blok berangkap dan hubungan di antara blok-blok berangkap itu.
hydrology, groundwater syn. hydrogeologyhidrologi air-tanahHidrologiTiadaCabang hidrologi mengenai air-tanah dengan memperhitungkan keadaan geologi. Sin.: hidrogeologi
infiltration routingpelacakan susupanHidrologiTiadaTatacara mengira gerakan air ke bawah melalui lapisan tak tepu dengan memperhitungkan gerakan bertingkat perenggan basah dan perubahan simpanan air di setiap horizon tanih.
shear forcedaya ricihMekanikGunaanKomponen daya yang tangen terhadap permukaan yang ditindaknya. Daya ricih amat penting dalam analisis rasuk. Ia merupakan daya dalam yang bertindak selari dengan permukaan sebarang keratan rentas rasuk dan mengimbangi daya luar kenaan. Rasuk teranalisis dengan sepenuhnya apabila daya ricih dan momen lentur di sepanjang rasuk itu ditentukan. Kelaziman tanda bagi daya ricih yang bertindak pada rasuk ditakrifkan seperti yang berikut – bagi permukaan yang berada di kiri satah keratan, daya ricih adalah positif jika ia menghala ke bawah dan negatif jika ia menghala ke atas [Rjah D2a]. Berdasarkan hukum ketiga Newton, kelaziman yang sebaliknya digunakan untuk permukaan di sebelah kanan satah keratan. Kelaziman tersebut biasanya diingat dengan memperhitungkan suatu unsur kecil rusuk yang dibentuk oleh dua satah keratan; iaitu, daya ricih yang positif akan menyebabkan unsur itu berputar mengikut arah jam [Rajah D2b]. RAJAH D2 (rujuk ms. 23)

Kembali ke atas