daruriyyah | daruriah/asasi | Perniagaan Islam | Tiada | Perihal memastikan kelangsungan hidup yang sempurna. Contohnya, dalam agama Islam, keperluan asasi merujuk kepada usaha menjaga, memantap dan memperkasa lima perkara, iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Dalam konteks perniagaan pula, faktor kejayaan bergantung pada modal, sumber manusia, kemahiran dan pengurusan. |
corporate social responsibility | tanggungjawab sosial korporat | Pengurusan | Perancangan | Suatu tindakan organisasi perniagaan yang menunjukkan tanggungjawab mereka kepada kesejahteraan masyarakat, ekonomi dan kelestarian alam sekitar. Tindakan ini bukan suatu aktiviti perniagaan dan tidak bermatlamatkan keuntungan. Keputusan untuk melaksanakan tanggungjawab sosial korporat perlu dibuat oleh pihak atasan organisasi supaya dapat mempengaruhi tanggapan pihak berkepentingan, bahawa organisasi tersebut merupakan sebuah organisasi yang mengambil berat tentang kesejahteraan persekitaran. Contohnya, syarikat kewangan yang menyediakan program latihan seperti celik karangan, khusus untuk murid sekolah bagi memperkasa generasi muda supaya lebih bijak mengurus wang mereka. |