popularization | popularisasi | Kesusasteraan | Tiada | Usaha memperkenalkan sebuah cerita sebagaimana yang dilakukan oleh pelipur lara. |
set induction | induksi set | Pendidikan | Tiada | Teknik memperkenalkan sesuatu tajuk pelajaran bagi menarik perhatian serta mendorong pelajar. |
sample distribution | edaran sampel | Komunikasi | Korporat | Kaedah memperkenalkan dan mempromosikan barangan kepada pengguna sasaran dengan mengedarkan sampel barangan dengan pelbagai cara. Antara cara tersebut adalah melalui pos edaran dari rumah ke rumah, dikedai, atau melalui kupon pengiklanan. Kaedah tersebut merupakan kaedah promosi yang murah dan mudah dikendalikan. Contohnya, pengedaran barangan kosmetik kepada kakitangan pejabat, pengedaran ubat baru kepada doktor, pengedaran syampu kepada pakar kecantikan, atau pengedaran buku teks contoh kepada guru dan pensyarah. Dari segi pengurusan, edaran sampel dilakukan oleh agensi tertentu dalam industri pengiklanan. Kaedah ini merupakan strategi promosi yang paling efektif bagi barangan baru kerana menawarkan percubaan percuma kepada pengguna dengan harapan mempengaruhi mereka supaya menjadi pengguna kekal. Sinonim fungsi sampel. |
expository organizer | kelola perkenal | Pendidikan | Tiada | Kaedah mengajar bagi memperkenalkan bahan ciptaan baru kepada pelajar baru pada peringkat awal pengajaran sebelum peringkat pengelolaan seterusnya. |
gobelins | gobelin | Kesenian | Hiasan Dalaman | Nama keluarga yang telah memperkenalkan kilang pencelup warna pada pertengahan abad ke-15. Kilang tersebut telah dibeli oleh Louis XIV pada tahun 1662. Selain mengeluarkan pencelup warna, Louis XIV juga mengeluarkan perabot, upholsteri dan dewangga di kilang ini. |
proem | pendahuluan | Kesusasteraan | Tiada | Pendahuluan yang ringkas, bertujuan sekadar untuk memperkenalkan serba sedikit tentang sebuah hasil karya atau ucapan. |
innovation strategy | strategi inovasi | Pendidikan | Tiada | Strategi yang dirancang untuk memperkenalkan, menyebarkan, dan menerapkan inovasi kepada individu atau kelompok tertentu. |
exposition | eksposisi | Kesenian | Drama dan Teater | Babak awal drama yang memperkenalkan persoalan cerita dan watak, menggambarkan latar serta memberikan fakta yang berkaitan untuk menjelaskan keseluruhan struktur drama. |
food festival | pesta makanan | Pelancongan | Tiada | Kempen yang diadakan untuk memperkenalkan dan mempromosi makanan tempatan. |
cover letter | surat pengiring | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Surat yang ditulis untuk memperkenalkan atau merujuk surat yang berkenaan. |