cradle | endul; sangga | Kesenian | Tiada | 3. Kayu untuk memperkukuhkan bingkai belakang gambar |
casein | kasein | Kesenian | Tiada | 1. Glu yang dicampurkan pada pewarna untuk memperkukuhkan kerekatannya. |
bolster | kayu junjung | Alam Bina | Tiada | Keratan kayu pendek di hujung tiang untuk memperkukuhkan sesuatu sambungan. |
back lining | pelapik belakang | Perpustakaan | Tiada | Pelapik belakang: Kertas atau bahan lain yang digunakan untuk memperkukuhkan bahagian belakang buku yang berjahit. |
customer care | mesra pelanggan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Layanan baik dan sempurna yang diberikan oleh petugas sesebuah organisasi atau pihak tertentu kepada orang ramai. Konsep mesra pelanggan penting untuk meningkatkan imej dan kredibiliti organisasi di samping memperkukuhkan kedudukan ekonomi organisasi tersebut. Dalam perkhidmatan awam Malaysia, ia diperkenalkan melalui kempen atau slogan yang ditujukan khusus kepada kakitangan awam dalam urusan layanan, bantuan dan khidmat pelanggan. Melalui kempen ini, kakitangan organisasi diharap dapat menghayati konsep ini dan menterjemahkannya dalam bentuk khidmat layanan terbaik. Secara tidak langsung, ia dapat mengelak perasaan tidak puas hati dalam kalangan orang awam khususnya apabila mereka berurusan di kaunter pelanggan. |
one-party dominant | dominan satu parti | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemerintahan yang dikuasai oleh sebuah parti yang sering kali berjaya menguasai sesebuah kerajaan. Walaupun pelbagai parti dibenarkan bersaing dalam pilihan raya, namun parti dominan ini yang pasti menang. Kemenangan yang dicapai membolehkan parti ini memperkukuhkan kedudukannya dengan menguasai segala agensi pemerintahan serta memastikan penguasaannya dalam pilihan raya akan datang. Contohnya, sebuah parti tunggal seperti Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura atau parti gabungan Barisan Nasional di Malaysia. |
role of government | peranan kerajaan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Tugas dan tanggungjawab yang dipegang oleh pihak pemerintah bagi sesebuah negara. Antara tugas utama kerajaan ialah memastikan keadilan dan keamanan, keselesaan, keselamatan dan kebajikan rakyat. Pada masa yang sama, pihak kerajaan turut bertanggungjawab melaksanakan pembangunan, menjana dan memperkukuhkan ekonomi negara di bawah tadbirannya. Peranan kerajaan dilihat sebagai pemangkin dalam usaha membina sebuah negara bangsa yang berdaulat dan disegani serta merdeka dalam setiap aspek. |
archaeological evidence | bukti arkeologi | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Data yang diperoleh, dikumpul dan dianalisis hasil gali cari dan survei untuk menentukan fungsi dan peranannya dalam konteks manusia, budaya dan lingkungan. Bantuan sains seperti analisis makmal dan geologi (batuan dan lapisan tanah) digunakan untuk memperoleh data tersebut. Data ini akan menyokong penggunaan dan fungsi sesebuah tapak dan kategori zamannya. Data ini juga dapat menyokong sumber sejarah yang sedia ada. Contohnya, penemuan batu nisan Acheh di Melaka, Johor, Kedah, Perak, Pahang dan Perlis memperkukuhkan pengaruh Acheh di Tanah Melayu sekitar abad ke-15 M � 18 M. |