Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.per.siap.kan] | ممڤرسياڤکن

Definisi : : Yang Di-pertuan Muda pun menyuruh ~ segala kelengkapannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.per.siap.kan] | ممڤرسياڤکن

Definisi : 1. menye­diakan, mengadakan: isterinya ~ makan pagi; 2. menyudahkan (menyelesaikan) sesuatu pekerjaan: berilah aku masa yg cukup utk ~ pekerjaan ini; 3. melengkapkan (mengemas­kan) sesuatu utk: disiapkannya sebuah perahu utk belayar; 4. mengusahakan, membentuk, membuat: mereka sedang mempersiapkan sebuah undang-undang yg akan mencegah perbuatan rasuah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.per.siap.kan] | ممڤرسياڤکن

Definisi : mengusahakan su­paya bersiap: Bala tentera dipersiapkan utk menghadapi musuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mempersiapkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
open-hole completionpelengkapan lubang terbukaKejuruteraanPetroleumKaedah mempersiapkan sesebuah telaga pengeluaran. Dalam kaedah ini, selongsong pengeluaran atau pelapik tidak dipasang pada bahagian hadapan formasi pengeluaran dan bendalir reserbor mengalir ke dalam lubang telaga tanpa halangan. Penggunaan kaedah ini agak terbatas, iaitu hanya pada formasi yang tidak mudah gugur dan tidak ada masalah pengeluaran pasir.
strategy formulationpembentukan strategiPengurusanPerancanganPeringkat pertama dalam model pengurusan strategik oleh pengurusan atasan yang bertujuan untuk mempersiapkan maklumat asas dalam perancangan strategik sebelum keputusan akhir dibuat. Proses ini melibatkan empat peringkat utama: (1) pembentukan wawasan strategik, penyataan misi dan nilai teras organisasi, (2) penilaian persekitaran dalaman dan persekitaran luaran organisasi (3) penetapan objektif, dan (4) penjanaan serta pemilihan strategi organisasi. Pembentukan strategi ini turut dikenali sebagai penggubalan strategi.
activity of governmentaktiviti kerajaanPentadbiranPentadbiran Awam

Kegiatan atau usaha yang dilakukan oleh pihak pemerintah dalam menunaikan tanggungjawab terhadap rakyat dan negara. Segala kegiatan pihak pemerintah mestilah memberikan manfaat yang berguna untuk kepentingan rakyat. Setiap tindakan pemerintah mempunyai matlamat tertentu yang hendak dicapai serta merangkumi semua program, projek dan tindakan rasmi pemerintah untuk kebaikan rakyat. Contohnya, Koridor Raya Multimedia (MSC) merupakan salah satu daripada program yang dilaksanakan oleh pihak pemerintah untuk mempersiapkan masyarakat menjadi bangsa yang maju, dinamik dan berteknologi.

hormonehormonPsikologiPsikologi UmumBahan kimia dalam badan yang dirembeskan oleh kelenjar tak bersaluran yang ada hubungannya secara langsung atau tidak langsung dengan tingkah laku manusia dan haiwan. Terdapat beberapa fungsi biologikal utama yang dikendalikan oleh hormon seperti mempromosikan pertumbuhan organisma, membantu penghadaman dan mengatur metabolisme yang sekiranya bercelaru boleh menimbulkan kesan psikologi seperti kompleks rendah diri atau masalah kesejahteraan psikologi yang lain. Hormon daripada kelenjar adrenal mempunyai kesan langsung kepada psikologi manusia atau haiwan melalui tindakannya semasa berada dalam keadaan yang mencemaskan. Hormon adrenalina dan noradrenalina pula akan meningkatkan aktiviti organ seperti jantung, paru-paru dan saluran darah untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi kecemasan yang diwujudkan oleh rangsangan emosi. Walau bagaimanapun, tindakan hormon tidak secepat sebatian neurotransmiter kerana tindakannya bergantung pada bantuan sistem edaran darah.

Kembali ke atas