general market specifications | spesifikasi pasaran umum | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Spesifikasi Peraturan Penggredan Kayu Keras Gergaji Malaysia yang memperuntukkan peraturan penggredan papan nipis atau tebal yang biasanya digergaji semula sebelum digunakan untuk pelbagai tujuan akhir. Spesifikasi ini juga digunakan untuk mengredkan stok dimensi yang mempunyai panjang dan lebar yang ditetapkan, iaitu lebar dan panjang minimum yang dikehendaki dalam sebarang peringkat yang tidak kurang daripada 4 inci (102 mm) lebar dan 6 kaki (1829 mm) panjang. Spesifikasi ini memperuntukkan enam gred yang berbeza, berdasarkan panjang dan lebar minimum. Gred tersebut adalah prime, select, standard, sound, serviceable dan utility. |
installment annuity | anuiti ansuran | insurans | Tiada | Anuiti yang memperuntukkan bahawa jika pemegang anuiti mati sebelum menerima jumlah bayaran yang sama dengan jumlah premium yang telah dibayar, maka pembayaran anuiti akan diteruskan kepada warisnya sehingga insurer telah membayar jumlah amaun bersamaan dengan premium tersebut. |
life annuity | anuiti hayat | insurans | Tiada | Kontrak yang memperuntukkan pendapatan sepanjang hayat dibayar secara tahunan atau lebih kerap. |
average clause | fasal purata | insurans | Tiada | Fasal yang memperuntukkan bahawa insurer akan bertanggungjawab terhadap kerugian yang tidak melebihi daripada amaun yang ditetapkan di bawah polisi mengikut peratusan nilai tunai harta yang diinsuranskan. |
life annuity | anuiti hayat | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kontrak yang memperuntukkan pendapatan sepanjang hayat dibayar secara tahunan atau lebih kerap. |
installment annuity | anuiti ansuran | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Anuiti yang memperuntukkan bahawa jika pemegang anuiti mati sebelum menerima jumlah bayaran yang sama dengan jumlah premium yang telah dibayar, maka pembayaran anuiti akan diterusnya kepada warisnya sehinggalah insurer telah membayar jumlah amaun bersamaan dengan premium tersebut. |
average clause | fasal purata | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Fasal yang memperuntukkan bahawa insurer akan bertanggungjawab terhadap kerugian yang tidak melebihi daripada amaun yang ditetapkan di bawah polisi mengikut peratusan nilai tunai harta yang diinsuranskan. |
exclusive listing | senarai eksklusif | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perjanjian yang memperuntukkan bahawa broker adalah ejen tunggal bagi pemilik polisi. |
takaful act | akta takaful | Ekonomi | Ekonomi Islam | Akta yang memperuntukkan peraturan dalam perniagaan takaful. Akta ini dikanunkan di Malaysia buat pertama kalinya pada tahun 1984. Tujuan akta ini diwartakan adalah untuk membolehkan Bank Negara Malaysia menyusun dan menyelia syarikat pengendali takaful supaya mematuhi prinsip syariah dan undang-undang negara. Pada dasarnya, akta tersebut mengandungi 68 seksyen di bawah empat bahagian utama, iaitu: i. Persediaan. ii. Pengendalian Perniagaan Takaful. iii. Pulangan, Penyiasatan, Penutupan dan Pemindahan Perniagaan. iv. Pelbagai dan Am. Kesemua syarikat pengendali takaful di Malaysia tertakluk kepada Akta Takaful 1984. |
refund annuity | anuiti bayar balik | insurans | Tiada | Anuiti yang memperuntukkan bayaran balik secara tunai atau ansuran kepada waris sekiranya anuitian meninggal dunia sebelum memperolehi faedah yang bersamaan dengan jumlah bayaran yang telah dibuat untuk membeli polisi. |