Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mun.cul.kan] | ممونچولکن

Definisi : menampakkan, menerbit­kan, menimbulkan: matahari belum ~ diri dr selimut mendung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mun.cul.kan] | ممونچولکن

Definisi : menampakkan; menimbulkan: Sudah dua minggu dia tidak ~ dirinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muncul (kata kerja)
Bersinonim dengan terbit, timbul, tampil, keluar, lahir, tumbuh, hidup, bercambah, bertunas, menjelma, tersembul, terjengul, pegari, mencagun;,
Kata Terbitan : memunculkan, kemunculan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rhymerimaKesusasteraanTiadaBunyi yang sama pada huruf akhir atau suku kata akhir dalam baris-baris puisi yang memunculkan satu pola bunyi yang jelas. Contohnya dalam pantun dan gurindam. Rima juga boleh ditemui di tengah baris, di antara suku kata dalam baris dan di hujung baris yang sama. Rima begini disebut sebagai rima tengah. Contoh rima dalam pantun empat kerat adalah seperti yang berikut: Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga. Skema rima mengikuti suatu bentuk yang tetap atau bentuk yang longgar. Skema rima termudah dapat dilihat dalam bentuk kuplet. Contoh skema rima ialah: a,a,b,b, dan c,c atau bentuk kuatrin: a,b,a,b dan a,b,b,a. Lihat juga rima ekasuku, rima feminin, rima tengah.
monologueekacakapKesusasteraanPuisiPertuturan yang dilakukan oleh seorang watak sama ada ia ditujukan kepada dirinya sendiri mahupun kepada pembaca. Sebenarnya dalam puisi, penggunaan unsur monolog jarang ditemui kerana dalam puisi penyair jarang memunculkan watak. Walau bagaimanapun sesebuah puisi yang telah diciptakan itu ialah hasil daripada monolog penyair setelah berhadapan dengan sesuatu peristiwa. Contohnya, dalam puisi "Pengantin Laut" dan "Aku Nelayan" karya J.M. Aziz. Sinonim monolog.
imagecitraKesusasteraanPuisiGambaran yang dibentuk secara konkrit tentang sesuatu pengalaman yang dialami oleh seseorang penyair sama ada yang berhubung dengan alam dan keindahannya mahupun yang berhubungan dengan sesuatu objek atau artifak. Dengan memunculkan sesuatu citra itu dengan jelas, pembaca boleh memahami dan menghayati pemikiran yang diungkapkan oleh penyair dalam puisinya. Contohnya, petikan daripada puisi "Kampung yang Sakit'' karya Zam Ismail. Pohon-pohon pucat Seekor kucing kurus di jambatan Menanti kepulangan cahaya pagi.
imagecitraKesusasteraanPuisiGambaran yang dibentuk secara konkrit tentang sesuatu pengalaman yang dialami oleh seseorang penyair sama ada yang berhubung dengan alam dan keindahannya mahupun yang berhubungan dengan sesuatu objek atau artifak. Dengan memunculkan sesuatu citra itu dengan jelas, pembaca boleh memahami dan menghayati pemikiran yang diungkapkan oleh penyair dalam puisinya. Contohnya, petikan daripada puisi "Kampung yang Sakit'' karya Zam Ismail. Pohon-pohon pucat Seekor kucing kurus di jambatan Menanti kepulangan cahaya pagi.
symbolsimbolKesusasteraanTiadaSuatu objek, hidupan atau benda yang mewakili atau mengambil tempat sesuatu yang lain. Simbol berbeza dengan tanda alegorikal kerana simbol mempunyai kewujudan sebenar, sedangkan tanda elegorikal tidak berasaskan pertimbangan yang tertentu atau teliti (arbitrari). Tindakan dan gesture juga boleh disimbolkan. Sesuatu simbol sastera berimej dengan konsep, iaitu perkataan itu sendiri menjadi simbol. Simbol boleh berbentuk awam atau peribadi, universal atau setempat. Penggunaan simbol dalam karya sastera telah memunculkan gerakan simbolisme yang mula berkembang di Perancis pada abad ke-18. Gerakan simbolisme ini membantu perjuangan romantisme melawan realisme. Gerakan ini menekankan penggunaan imejan yang konkrit untuk mengungkapkan perasaan atau gagasan yang mujarad. Pewaris gerakan simbolisme di luar Perancis ialah W.B. Yeats dan T.S. Eliot (England dan Amerika), serta Rainer Maria Rilke dan Stefan George (Jerman). Idea simbolisme Perancis turut diambil oleh penulis Rusia seperti Byusov, Volynsky dan Bely. Simb
masculine rhymerima ekasukuKesusasteraanPuisiRima yang terbentuk kesan daripada penggunaan diksi atau kata yang terdiri daripada ekasuku. Umpamanya penyair menggunakan kata jam, bah, pun, nun, yang, tak ,Jin dan lain� lain sama ada dalam baris mahupun di akhir baris sesebuah sajak. Namun dalam proses penciptaan sesebuah puisi itu, penyair jarang sekali menggunakan kata-kata yang terdiri daripada ekasuku itu bagi tujuan memunculkan unsur rima sama ada di tengah atau di akhir. Tambahan pula dalam kosa kata bahasa Melayu kata-kata yang terdiri daripada ekasuku itu jumlahnya amat kecil.

Kembali ke atas