nomination | pencalonan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Proses menamakan seseorang untuk bertanding dalam pilihan raya atau wakil kepada sesuatu kelompok. Calon yang dipilih akan mewakili kelompok tersebut bersaing dalam pilihan raya yang bakal dibuat. Proses ini boleh berlaku sama ada dengan mencadangkan nama calon dan diikuti dengan sokongan atau dengan menggunakan kertas undi secara sulit. Contohnya, dalam pemilihan jawatan Naib Presiden UMNO, bahagian-bahagian UMNO akan menamakan calon masing-masing. |
nominate | menamakan | Undang-undang | Tiada | Tiada |
declaration | pengisytiharan | Teknologi Maklumat | Perisian | Perbuatan menamakan secara nyata pemboleh ubah, fungsi, kelas dan objek yang akan digunakan dalam sesuatu atur cara. Perbuatan ini menjadi kemestian dalam kebanyakan bahasa pengaturcaraan. Kegagalan membuat pengisytiharan akan menyebabkan atur cara tidak dapat dikompil. |
bionomial nomenclature | tatanama binomial | Biologi | Genetik | Kaedah menamakan spesies haiwan dan tumbuhan yang diamalkan sekarang, nama ini mengandungi dua bahagian, iaitu nama generik dan nama spesies. |
quasi-reflection | kuasipantulan | Fizik | Optik | Sebutan untuk menamakan pantulan kuat cahaya daripada zarah debu atau lain-lain suspensoids yang bergaris pusat lebih besar daripada jarak gelombang sinaran tuju. |
anomia | anomia | Perubatan | Tiada | Keadaan seseorang yang tidak dapat menamakan objek yang dikenalinya. |
Black nomenclature | tatanama Black | Biologi | Patologi | Kaedah dan tatacara menamakan gen perumah yang tahan terhadap patogen secara bersiri. bd. tatanama kronologi |
symptom nomenclature | tatanama gejala | Biologi | Patologi | Kaedah dan tatacara menamakan gejala penyakit, iaitu berdasarkan gejala khas yang nampak. Kaedah ini ada kalanya dikaitkan dengan nama penyebab penyakit atau mekanisme perkembangan penyakit. Contohnya belak, cerana, layu, kudis, bantut dan lain-lain. |
chronological nomenclature | tatanama kronologi | Biologi | Patologi | Kaedah dan tatacara menamakan gen tahan pada perumah terhadap patogen berdasarkan urutan ia ditemukan. Oleh yang demikian, gen tahan no. 3 adalah lebih baru ditemui jika dibandingkan dengan gen tahan no. 1 dan 2. bd. tatanama Black. |
metonymy | metonimi | Kesusasteraan | Tiada | Kiasan yang digunakan sebagai pengganti dengan menamakan sesuatu benda yang erat hubungannya dengan perkara yang dimaksudkan. |