Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.nam] | منانم

Definisi : 1. menaruh (mencucuk, menabur, dll) benih ke dlm tanah supaya tumbuh: ben­dang ialah tempat ~ padi; 2. menaruh sesuatu dlm lubang dan dikambusi dgn tanah, menim­buni sesuatu yg di dlm lubang dgn tanah, menguburkan (mayat, bangkai, dll): ia me­nyum­­pah orang yg ~ barang letupan itu; maka baginda pun mangkatlah, maka di­tanam orang hampir masjid; 3. = me­na­nam­­­kan menyebarkan sesuatu ajaran (faha­m­an dll), membangkitkan dgn memupuk (semangat, perasaan, dll): di sana beliau telah mena­nam­kan semula benih-benih kebang­saan yg telah patah; 4. memasukkan wang (modal) dlm sesuatu perusahaan dll, memodali, melabur: ia telah ~ modal sebanyak RM600; 5. menegakkan (kekuasaan), memperluas (pengaruh, kepentingan): pihak Komunis sedang giat berusaha ~ pengaruh mereka di dunia sebelah sini; 6. memasukkan benih penyakit ke dlm badan (utk mencegah drpd dihinggapi penyakit), menyuntikkan, mem­biak­kan (benih penyakit dll); 7. mempunyai niat, berhajat (utk berbuat sesuatu), berniat: ~ niat utk naik haji; 8. mengangkat atau menempatkan (sbg wakil, pegawai, dll); 9. Pl, bp masuk ke dlm lumpur (ikan), mem­benamkan diri (dlm lumpur): puas aku men­cari ikan haruan tadi, sudah ~ agaknya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.nam] | منانم

Definisi : 1 membubuh, menabur atau memasukkan benih ke dlm tanah supaya tumbuh: ~ jagung. 2 menaruh sesuatu di dlm lubang dan mengambusnya dgn tanah: Mereka ~ peti itu di belakang rumah. 3 ki menyebarkan ajaran (fahaman dll); membangkitkan atau memupuk (semangat, perasaan dsb): Semangat tolong-menolong patut ditanam dlm jiwa seorang. ~ budi berbuat baik kpd (terhadap). ~ cacar memasukkan benih cacar ke dlm tubuh utk mencegah penyakit cacar. ~ modal memasukkan modal ke dlm sesuatu perusahaan. ~ semula menanam pokok yg baru utk menggantikan pokok yg lama (tua). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanam
Kata Terbitan : bertanam, menanam, tertanam, penanam,

Puisi
 

Banyak orang menanam pulut,
     Saya seorang menanam padi;
Banyak orang karam di laut,
     Saya seorang karam di hati.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Menabur (= menanam) biji di atas batu.

Bermaksud :

Berbudi kepada orang yang tidak tahu membalas guna; memberi nasihat kepada orang yang tak mahu mengendahkannya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Agro-forestryPerhutanan taniPertanianTiadaKaedah menanam pelbagai jenis tanaman di dalam ladang hutan atau menanam herba di kawasan hutan yang telah dibersihkan. Program ini bertujuan untuk mengoptimumkan penggunaan tanah, meningkatkan hasil pengeluaran dan pendapatan. Kaedah ini membolehkan tanaman sampingan dituai sebelum tanaman utama berhasil. Contohnya menanam tongkat ali di dalam ladang sentang dan jati.
planting shelter beltmenanam pokok pelindungGeografiTiadaMenanam pokok sejalur untuk melindungi pokok-pokok tanaman jualan daripada kesan tiupan angin kencang.
planting seasonmusim menanamPertanianAgronomi

Masa atau waktu tertentu yang sesuai untuk menanam tanaman di sesuatu tempat. Contohnya, padi ditanam pada waktu yang ditetapkan mengikut jadual yang ditentukan oleh pihak tertentu.

planting holelubang menanamPertanianAgronomi

Lubang yang dikorek dengan cangkul, penggali atau gerudi untuk menanam bahan tanaman seperti anak benih polibeg, sulur, tunggul cantuman dan umbisi. Saiz lubang perlu melebihi saiz bahan tanaman berkenaan untuk memberi ruang perakaran.

planting patterncorak menanamPertanianAgronomi

Pelbagai teknik atau cara penanaman yang dilakukan mengikut sistem tanaman, keperluan musim atau cuaca. Corak menanam dilakukan untuk mengurangkan populasi serangga perosak serta menyuburkan tanah. Contohnya, penanaman sayur berdaun disusuli dengan sayur kekacang.

bare-rooted plantingpenanaman cabutanPertanianAgronomi

Kaedah menanam di ladang yang menggunakan anak pokok yang dicabut dari petak semaian sebagai benih untuk ditanam. Setelah dicabut, tanah yang melekat pada akar dibersihkan dan sebahagian akar dicantas sebelum ditanam. Antara tujuan kaedah ini adalah untuk mempercepat jangka masa pengeluaran hasil berbanding menanam biji benih secara terus di ladang. Contohnya, penanaman klon getah.

inculcatemenanam (fahaman)PendidikanTiadaTiada
cultivatemenanamGeografiTiadaTiada
cultivatemenanamPertanianTiadaTiada
padi plantingmenanam padiGeografiTiadaPerihal kegiatan penanaman pada dari pada proses penyemaian hinggalah kepada penuaian.
12345678910...

Kembali ke atas