takaful underwriter | penaja jamin takaful | Ekonomi | Ekonomi Islam | Individu yang diberi tanggungjawab oleh sesebuah syarikat pengendali takaful untuk memilih risiko takaful dan menentukan syarat yang perlu diterima oleh syarikat itu dalam menanggung sesuatu risiko. Penaja jamin juga menentukan had bendungan atau had risiko yang boleh ditanggung oleh sesebuah syarikat pengendali takaful. Sekiranya terdapat pelanggan yang memohon perlindungan risiko yang melebihi had bendungan, penaja jamin boleh menasihatkan syarikat pengendali takaful supaya menolak permohonan tersebut atau mencadangkan skim takaful semula supaya risikonya boleh dikongsi bersama dengan syarikat takaful yang lain. |
syndicate | sindiket | Pentadbiran | Tiada | Sekumpulan firma bank pelaburan yang berpakar untuk menanggung jamin sesuatu terbitan sekuriti. |
investment banker | bank pelaburan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Ejen yang berperanan memberi khidmat nasihat dan menanggung jamin sesuatu terbitan baru. |
strength | kekuatan | Kejuruteraan | Tiada | Keupayaan sesuatu bahan menerima dan menanggung beban, daya ataupun tindakan yang dikenakan, untuk jangka masa tertentu. |
bending strength | kekuatan lentur | Kejuruteraan | Tiada | Keupayaan sesuatu anggota struktur menanggung lenturan. |
beam | rasuk | Kesenian | Seni Bina | Struktur bangunan yang lazimnya berkedudukan mengufuk yang merentangi di antara tiang, berperanan untuk menanggung beban daripada dinding, lantai dan bumbung. Rasuk boleh diperbuat daripada bahan-bahan seperti konkrit, keluli atau kayu, ataupun gabungan ketiga-tiga bahan tersebut. Struktur tersebut juga diberi panggilan yang berbeza bergantung pada kedudukannya. Jika peranannya untuk menanggung beban dari lantai, ia dinamai rasuk. Sekiranya berfungsi untuk menanggung beban dari bumbung, ia dinamai alang. Galang pula ialah nama untuk struktur yang sama dan direka bentuk bagi menyokong beban yang berat untuk sesuatu binaan yang mempunyai rentangan panjang seperti jambatan. |
floor | lantai | Alam Bina | Tiada | Bahagian yang menjadi dasar sesuatu ruang dalam bangunan yang menanggung beban. |
free-standing | berdiri bebas | Kesenian | Seni Bina | Berkaitan dengan sesuatu struktur atau elemen struktur yang mampu menanggung bebannya sendiri dan tidak bersandar kepada struktur binaan lain untuk ditegakkan. Contohnya, tiang bendera yang berdiri sendiri dan tidak memerlukan struktur lain untuk menyokongnya tegak. |
co-sponsor | penaja bersama | Komunikasi | Korporat | Pendekatan aktiviti penajaan untuk sesuatu acara, kempen, atau projek yang dilakukan secara bersama oleh beberapa syarikat. Penaja bersama juga boleh menanggung kos keseluruhan secara perkongsian. Setiap syarikat boleh menyumbang sesuatu bahagian perbelanjaan aktiviti yang ditaja. Jenis penajaan yang kerap digunakan seperti menyediakan poster, hadiah, ruang aktiviti, makan minum dan pengangkutan, atau menguruskan perolehan tetamu, artis dan pakar yang diperlukan oleh aktiviti berkenaan. Pendekatan penaja bersama turut diamalkan dalam aktiviti penajaan iklan dalam media cetak atau elektronik. |
gambling | maisir | Ekonomi | Ekonomi Islam | Unsur perjudian dan pertaruhan yang terdapat dalam sesuatu akad atau kegiatan. Maisir terdapat dalam akad insurans kerana pembeli polisi dan pengendali insurans menerima pampasan dan keuntungan masing-masing berdasarkan nasib. Hal ini kerana pembeli polisi mencarum untuk mendapat pampasan yang tidak pasti. Syarikat pengendali insurans pula menanggung risiko dalam pembayaran pampasan tersebut. Maisir pula tidak wujud dalam akad takaful kerana peserta dan syarikat pengendali takaful tidak terlibat dengan unsur nasib. Hal ini kerana peserta takaful mencarum untuk tujuan tabaruk dan tidak mengharapkan pulangan yang tidak pasti. Syarikat pengendali takaful juga tidak menanggung risiko kerugian akibat ketidakpastian pembayaran pampasan kerana pampasan tersebut dibayar daripada kumpulan wang takaful. |