Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.si.ha.ti] | منصيحتي

Definisi : 1. memberi nasihat (ajaran, tunjuk ajar, dll) kpd: ia sentiasa ~ anak-anaknya supaya tidak meninggalkan sem­bah­yang; 2. mengesyorkan kpd, meng­anjur­kan kpd, mengusulkan kpd: doktor ~nya supaya berhenti menghisap rokok dan me­minum minuman keras; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.si.ha.ti] | منصيحتي

Definisi : memberi nasihat (tunjuk ajar dll) kpd: Guru ~nya supaya memulangkan barang yg dicuri itu kpd tuannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nasihat (kata nama)
Bersinonim dengan ajaran, peringatan, tunjuk ajar, petua, petunjuk, panduan, tegur ajar, teguran, amaran, pesanan, wejangan;,
Kata Terbitan : menasihati, penasihat,

Peribahasa

Jangan dicatuk dengan yang tajam,
     dicencang dengan yang majal.

Bermaksud :

Menasihati seseorang hendaklah dengan sabar dan berulang-ulang.

 

Lihat selanjutnya...(3)

576

Don't teach your grandmother to suck eggs

Jangan cuba menasihati atau menunjuk ajar orang yang lebih berpengalaman daripada kita

Anak kera hendak diajar memanjat

''You don't have to tell me what I should do. I have been in this field for 20 years,and you just go there. Don't teach your grandmother to suck eggs. I know better than you do!'' the old actress protested.

''Tak payahlah kau hendak mengajar apa yang patut aku buat. Aku dah 20 tahun dalam bidang ini, dan kau pula orang baru. Jangan anak kera hendak diajar memanjat. Aku lebih tahu daripada kau!'' bantah pelakon lama itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(19)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
takaful brokerbroker takafulEkonomiEkonomi IslamIndividu atau syarikat yang menasihati bakal peserta tentang keperluan takaful dan berunding dengan syarikat pengendali takaful bagi pihak mereka secara profesional. Broker takaful bertindak bagi pihak peserta dan akan mendapat bayaran komisen. Pihak yang ingin menjadi broker takaful mesti mendapat lesen terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Takaful dan menjadi ahli persatuan broker takaful yang diiktiraf oleh kerajaan.
advisory boardlembaga penasihatPentadbiranPentadbiran Awam

Badan atau jawatankuasa yang ditubuhkan untuk menasihati sesebuah organisasi tertentu. Badan ini dianggotai oleh individu yang mempunyai kepakaran dan pengalaman tertentu, khususnya yang berkaitan dengan organisasi tersebut. Badan ini bertanggungjawab untuk memastikan agar perjalanan dan pelaksanaan organisasi berkenaan tidak lari dari matlamat asal serta objektif penubuhannya. Pada masa yang sama, badan ini juga bertindak sebagai penyelesai masalah, khususnya masalah utama yang melibatkan perkembangannya. Sebagai contoh, Lembaga Pengarah Universiti merupakan lembaga penasihat kepada sesebuah universiti.

Computer Emergency Response TeamPasukan Tindakan Kecemasan KomputerTeknologi MaklumatTiadaOrganisasi yang menyediakan perundingan keselamatan sepanjang masa sebagai khidmat untuk pengguna internet. Ia juga menasihati pengguna tentang program virus baru dan sebarang ancaman keselamatan.
CERT (computer emergency response team)CERT (pasukan tindakan kecemasan komputer)Teknologi MaklumatTiadaOrganisasi yang menyediakan perundingan keselamatan sepanjang masa sebagai khidmat untuk pengguna internet. Ia juga menasihati pengguna tentang atur cara virus baru dan sebarang ancaman keselamatan.

Kembali ke atas