hygroscopic | higroskopik | Sains | Hidrometeorologi | 1. Berkenaan kemampuan nyata untuk mencepatkan pemeluwapan wap air. Istilah ini terutamanya digunakan untuk nukleus pemeluwapan yang mengandungi garam yang menghasilkan larutan berair yang bertekanan wap yang keseimbangannya sangat rendah jika dibandingkan dengan nukleus air murni pada suhu yang sama. Pemeluwapan di atas nukleus higroskopik mungkin bermula pada kelembapan yang lebih rendah daripada 100% (kira-kira 75% bagi natrium klorida); sementara pemeluwapan di atas nukleus bukan hidroskopik yang hanya membekalkan permukaan basah yang cukup besar (mengikut piawaian molekul), kelembapan nisbi yang hampir 100% diperlukan. Jerebu lembap terbentuk atas zarah higroskopik dalam proses perkembangan perlahan udara yang agak kering. 2. Memerihalkan suatu bahan yang ciri fisikalnya banyak diubah oleh kesan wap air. Kehigroskopian bahan tertentu telah digunakan dengan baik dalam penyukatan kelembapan dan langkah kawalan, umpamanya dalam unsur rambut higrometer. |