Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cer.na.kan] | منچرناکن

Definisi : 1. menghadamkan, meng­hancurkan (makanan hingga jadi larut atau cair utk diserapkan ke dlm darah): kerja ~ makanan itu tamat di dlm usus kecil; 2. memasukkan atau menyerapkan (ke dlm fikiran, jiwa, hati, dll): Ramli terpegun ~ buah tutur yg dipungutnya sepotong demi sepotong dgn bersusah payah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cer.na.kan] | منچرناکن

Definisi : 1 menghancurkan makanan dlm perut sehingga menjadi cair dan dpt diserap ke dlm darah; menghadamkan. 2 menjadikan hancur luluh dan bersebati. 3 ki menyerapkan ke dlm ingatan (hati dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencernakan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
deoxyribonuclease (Dnase)deoksiribonuklease (Dnase)BiologiGenetikEnzim yang mencernakan DNA.
catabolismkatabolismeKejuruteraanKejuruteraan KimiaTindakan balas kimia di dalam organisma yang mencernakan makanan untuk mendapatkan tenaga.
moulting glandkelenjar salin kulitBiologiEntomologiKelenjar yang merembeskan bendalir yang dapat mencernakan lapisan endokutikel semasa persalinan kulit.
staphylokinasestafilokinaseBiologiMikrobiologiEnzim yang dirembeskan oleh bakteria Staphylococcus spp. Enzim ini boleh mencernakan fibrin dan menghalang pembekuan darah.
digestive glandkelenjar penceranaanBiologiHistologi dan SitologiKelenjar yang merembeskan bahan yang membantu mencernakan makanan.
ecdysial fluidbendalir ekdisisBiologiEntomologiBendalir yang dirembeskan oleh epidermis ke dalam rongga yang terdapat di antara kutikel lama dengan kutikel baharu selepas apolisis. Bendalir ini mengandungi enzim yang dapat mencernakan kutikel lama.
house flylalat rumahBiologiEntomologiLalat dwisayap dalam suborder Cyclorrhapha yang larvanya tidak berkepala atau berkaki dan mempunyai pupa koarktat. Lalat ini mempunyai bahagian mulut dan cara makan yang sangat khusus. Air liur atau cairan gstrik diluahkan terlebih dahulu ke atas makanan untuk melembutkan dan mencernakan sebahagiannya supaya makanan tersebut dapat disedut. Oleh sebab tabiat pemakanan dan pembiakan yang sedemikian rupa, lalat ini menjadi pembawa yang berpotensi bagi pelbagai penyakit.
salivaair liurVeterinarPraklinikalBendalir pencernaan dalam mulut yang mengandungi α-amilase; ptialin; musin; albumin; globulin; leukosit; puing epitelium dan kalium tiosianat. Air liur dirembeskan dari kelenjar parotid; kelenjar submaksilari; kelenjar sublingua dan kelenjar mukus kecil mulut. Cecair ini jernih; alkali dan lekit. Air liur juga melembapkan serta melembutkan makanan; memastikan mulut sentiasa lembap dan mencernakan kanji.

Kembali ke atas