Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cu.ri.ga.kan] | منچوريݢاکن

Definisi : membangkitkan curiga (ku­rang percaya, sangsi): adakah gerak-geri yg ~? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cu.ri.ga.kan] | منچوريݢاکن

Definisi : menimbulkan rasa kurang percaya: Gerak-gerinya itu sangat ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencurigakan

Peribahasa

418

A good name is sooner lost than won

Nama yang baik memerlukan masa dan usaha untuk dibina tetapi seseorang itu boleh kehilangannya dengan sekelip mata akibat satu kesalahan yang dilakukan meskipun kecil.

Panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari. (Nota : Padanan seperti kurang tepat, PM –ve to +ve)

You are a man of honour and have done a lot of good things for his association. But don't get involved in those dubious activities because one minor slip could crumble your good reputation. Remember, a good name is sooner lost than won.

Kamu orang yang terhormat dan telah banyak berjasa kepada persatuan ini. Tetapi janganlah membabitkan diri dalam kegiatan yang mencurigakan kerana satu kesilapan kecil boleh menghancurkan reputasi baik kamu. Ingat, panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
database securitykeselamatan pangkalan dataTeknologi MaklumatPerisianAspek keselamatan yang meliputi sistem, proses dan prosedur bagi melindungi satu pangkalan data daripada aktiviti yang tidak diingini. Aspek ini selalunya dikuatkuasakan melalui kawalan capaian, pengauditan dan penyulitan. Kawalan capaian memastikan hanya pengguna yang berdaftar boleh mencapai dan mengubah kandungan pangkalan data tersebut. Pengauditan pula mengesan sebarang tindakan atau perubahan yang mencurigakan yang telah dilakukan oleh seseorang pada masa tertentu. Penyulitan pula merupakan mekanisme yang memelihara kerahsiaan data yang dilindungi pada pangkalan data.

Kembali ke atas