Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.de.ra] | مندرا

Definisi : (mendéra) II bendera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.de.ra] | مندرا

Definisi : ; manis ~ manis dan bersopan-santun (perempuan), lemah longlai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.de.ra] | مندرا

Definisi : 1. memukul (dgn rotan, cemeti, dsb) sbg hukuman: orang-orang salah itu telah didera; 2. ki menyeksa atau menyakiti (hati, fikiran, dll); ~ diri menyeksa diri (sendiri); 3. mendenda, menghukum: pencuri itu telah didera di tengah panas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.de.ra] | مندرا

Definisi : (mendéra) pohon beringin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.de.ra] | مندرا

Definisi : 1 memukul dgn rotan dll sbg hukuman. 2 menyeksa; menghukum (dgn cara apa jua): ~ orang salah dgn menyuruhnya bekerja di tengah panas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendera


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
punitive disciplinedisiplin menderaPendidikanTiadaTiada
punitive expeditionekspidisi menderaSejarahTiadaPenghantaran tentera yang bertujuan untuk menghukum pemberontak-pemberontak dan lain-lain.
prediction/ forecastramalanKesusasteraanTiadaJalan cerita atau perwatakan yang dapat dijangkakan oleh pembaca. Contohnya, sesuatu cerita boleh diramalkan sekiranya jalan ceritanya biasa atau lumrah bagi pembaca. Contohnya, dalam kebanyakan cereka Melayu, lelaki berumur yang berjawatan tinggi sering digambarkan sebagai seorang yang suka berpoligami. Kadang-kadang, bayangan depan sangat ketara sehingga pembaca dapat meneka perkara yang akan berlaku seterusnya. Unsur suspens yang ingin diwujudkan oleh pencerita tidak kesampaian. Dari segi perwatakan watak stereotaip seperti emak tiri (ibu garang yang selalu mendera anak tiri) dan nenek kebayan adalah beberapa potret yang dapat diramalkan oleh pembaca sehingga tiada lagi kejutan yang dapat dilakukan penulis. Contohnya, dalam novel berjudul Mereka yang Tertewas oleh Hasanudin Md. Isa. Novel ini mengisahkan watak Lebai Pa yang distereotaipkan sebagai seorang alim dan kuat agama yang ingin menyedarkan masyarakat sekelilingnya untuk kembali ke jalan Allah SWT.

Kembali ke atas