Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.bus] | منبوس

Definisi : 1. membayar wang utk mendapat­kan kembali barang-barang yg tergadai: barang-barang yg digadai dahulu sudah ditebus; 2. membeli kembali barang-barang (harta dll) yg telah dijual: kau mesti mengum­pulkan wang utk ~ kembali segala harta ibu bapamu yg kaujual dahulu itu; 3. membayar wang dll utk membebaskan (hamba, sandera, orang tawanan, dll): orang Quraisy ~ orang tawanan dgn harta benda yg dibayar kpd orang Islam; 4. menukarkan cek dll dgn wang di bank: hendaklah sekolah membuat per­hubungan dgn bank supaya bank bersedia menerima cek-cek ini drpd guru-guru yg ~nya; 5. Id mengambil barang catuan dll dgn menyerahkan kupon dll; 6. berbuat jasa (ke-baikan dll) utk menghapuskan sesuatu ke-salahan (dosa dll): dia kurang berani, kurang insaf, dia harus ~ dosanya; 7. mem­bela kekalahan (kegagalan dll), memulihkan kehormatan (nama baik dll), menutup malu: dgn jalan ini Singapura berjaya ~ kerugian yg telah dialaminya dlm bulan September yg lalu; 8. membalas jasa (budi, kebaikan, dll) yg diterima: tiap-tiap kebaikan itu akan ditebus kelak; 9. menepati janji dll yg telah dibuat, menunaikan (janji dll); 10. menye­lamat­kan (jiwa, nyawa, dll) orang dlm bahaya; 11. mengorbankan (jiwa, harta benda, dll) utk mendapatkan sesuatu: kejayaan beliau sekarang ini ditebus dgn pengalaman dan penderitaan hidup yg pahit; 12. mengikat jamin (orang yg ditahan polis dll): ayah telah mengambil wang dan segera pergi ke mah­kamah utk ~ Mak Jah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.bus] | منبوس

Definisi : 1 membayarkan wang utk mengambil kembali barang-­barang yg telah digadaikan. 2 membeli balik barang-barang yg telah dijual. 3 membayarkan wang dll utk membebaskan orang tawanan, hamba dsb: Dia telah ~ anaknya yg diculik dgn membayar sejuta ringgit. 4 membayarkan wang kpd suami supaya menceraikannya (bkn seseorang isteri): ~ talak. 5 membela sesuatu kekalahan atau kegagalan; menutup malu: Dgn kemenangan itu, dia telah berjaya ~ kekalahannya tempoh hari. 6 berbuat kebajikan utk menghapuskan dosa yg telah dilakukan: Dia membanyakkan amal ibadat utk ~ dosanya. ~ guna menjalankan usaha dsb utk membaiki keadaan tanah supaya menjadi sesuai utk digunakan (utk bercucuk tanam, membina bangunan dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tebus
Kata Terbitan : menebus, penebusan, penebus,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
redemption righthak penebusanEkonomiEkonomi IslamKuasa menebus semula barang gadaian. Penggadai boleh menebus barang gadaiannya sendiri atau memberi kuasa kepada wakilnya. Penebusan ini boleh dilakukan sebelum atau pada tamat tempoh gadaian. Hak penebusan ini akan terlucut sekiranya penggadai melakukan penipuan, memberi maklumat palsu atau memberi penerangan yang tidak jelas dan tidak munasabah. Hak penebusan ini juga terlucut setelah tamat tempoh notis peringatan terakhir penebusan.
pawn redeemtion costkos penebusan gadaianEkonomiEkonomi IslamJumlah perbelanjaan yang diperlukan untuk menebus semula barang gadaian. Jumlah ini meliputi hasil tambah jumlah pinjaman, upah simpan dan kos perkhidmatan lain. Kos tersebut perlu ditanggung oleh pihak yang menebus barang gadaian.
فك الرهنtebus gadaianAgama IslamFiqhMenebus sesuatu yang digadai.
call datetarikh panggilanPentadbiran PerniagaanTiadaTarikh yang menunjukkan penerbit boleh menebus semula sekuriti hutang.
redresstebus rugiSejarahTiadaPerbuatan membetulkan sesuatu kesalahan atau membuat sesuatu untuk menebus kesalahan atau dosa yang telah dilakukan.
عوض خلعbayaran tebus talakAgama IslamFiqhPembayaran tertentu yang dipersetujui bersama untuk menebus talak.
refunding bondbon pendanaan semulaEkonomiTiadaBon baru yang dikeluarkan untuk mendapatkan dana bagi menebus hutang lama.
fikakpenebusanPerniagaan IslamTiadaPembayaran untuk mendapatkan kembali sesuatu barangan. Contohnya, dalam kes gadaian, penggadai menebus barang miliknya yang telah digadai kepada penerima gadaian dengan membuat pembayaran bagi melunaskan hutangnya.
redemption noticenotis penebusanPentadbiran PerniagaanTiadaNotis yang dikeluarkan oleh badan pengeluar sesuatu sekuriti hutang untuk menebus kembali terbitan berkenaan.
pawn item auctionedlelongan barang gadaianEkonomiEkonomi IslamPenjualan barang gadaian secara lelong apabila penggadai gagal menebus semula barang gadaian. Tindakan ini dilakukan selepas tempoh tertentu notis peringatan terakhir penebusan diberikan kepada penggadai. Sebelum lelongan dilakukan, penggadai sebagai pemilik barang gadaian akan dihubungi dan dimaklumkan. Lelongan dilakukan oleh syarikat pelelong berlesen setelah notis lelongan dipaparkan untuk maklumat orang awam.
12

Kembali ke atas