Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nem.pah] | منمڤه

Definisi : 1. memesan dgn memberi wang tempah, membeli atau menyatakan tujuan hendak membeli (barang, pakaian, dll) dgn membayar cengkeram: wang telah habis ~ peguam; ~ bidan memesan bidan; 2. menyu­ruh membuat (pakaian dll) dgn ukuran yg tertentu: baju batik yg ditempah di kedainya banyak; 3. ki sengaja mencari (bahaya dll): orang itu sengaja ~ maut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nem.pah] | منمڤه

Definisi : 1 memesan barang-barang dll dgn membayar wang tempah; membeli dgn membayar cengkeram: Wangnya telah habis kerana ~ perabot rumah. 2 menyuruh membuat pakaian dll dgn ukuran yg tertentu: Baju batik yg ditempahnya dahulu sudah siap. 3 ki sengaja mencari (bahaya dsb): ~ maut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tempah
Kata Terbitan : menempah,

Puisi
 

Orang Keling berkedai rempah,
     Asam paya melawan cuka;
Sudah nasib tuan menempah,
     Barang dicari kerap berjumpa.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
istisnactempahanPerniagaan IslamTiadaProses menempah produk daripada pihak pengusaha. Produk yang ditempah belum lagi wujud ketika akad dan akan disiapkan oleh pengusaha pada masa akan datang. Pengusaha bertanggungjawab menyiapkan produk yang ditempah dan menyerahkannya apabila siap.
المسلمpenempahAgama IslamFiqhOrang yang menempah barang dengan sifat-sifatnya yang tertentu.
sleep-outinap luarPentadbiran PerniagaanTiadaKeadaan penginap yang menempah atau membayar sewa bilik tetapi tidak bermalam di situ.
guaranteed no-showjamin tak tibaPentadbiran PerniagaanTiadaPenginap yang telah menempah dan menjelaskan bayaran penginapan tetapi tidak tiba atau membatalkan penempahan.
advance depositcengkeramPentadbiran PerniagaanTiadaDeposit yang dibayar oleh pelanggan untuk menempah bilik di hotel.
minimum depthkedalaman minimumKomunikasiKorporatUkuran saiz iklan terkecil yang ditetapkan oleh pihak media cetak. Pada Kebiasaannya, pihak media cetak akan mengenakan syarat pembelian ruang terkecil dalam sesuatu penerbitan. Setiap penerbitan mempunyai ukuran kedalaman minimum masing-masing yang perlu diketahui oleh pihak agensi pengiklanan dan pengiklan. Saiz terkecil yang biasa digunakan adalah tidak kurang daripada 2.54 cm tinggi bagi satu lajur. Sekiranya pihak agensi pengiklanan ingin membeli lapan lajur ruang iklan, maka mereka perlu menempah lapan kali ganda ketinggian ruang iklan yang bersamaan dengan 20.32 cm tinggi ruang. Oleh itu, kedalaman minimum akan membantu perancang pengiklanan untuk menyediakan bahan dan juga kos yang sesuai dalam strategi pengiklanan yang ingin dilaksanakan.
preferred positionletak istimewaKomunikasiKorporatBahagian atau ruang dalam media cetak yang menjadi pilihan utama pihak pengiklan untuk mengiklankan barangan atau perkhidmatan. Kedudukan iklan ini perlu ditempah dan dibayar lebih awal bagi memastikan ruang tersebut diperoleh. Tujuan pembayaran lebih awal adalah untuk membolehkan pengiklan menentukan halaman dan bahagian tertentu dalam sesuatu halaman penerbitan. Pemilihan ini hanya dilakukan setelah pengiklan bersetuju membayar kos ruang melebihi 10% hingga 50% daripada kadar biasa. Matlamat utama pemilihan ini dibuat adalah untuk memastikan iklan yang disiarkan dapat menjangkau khalayak yang disasarkan. Contohnya, pengiklan menempah kedudukan iklan untuk barangan sukan di halaman sukan dalam sesebuah akhbar. Sinonim kedudukan penuh.
time discountpotongan masaKomunikasiTiadaPengurangan bayaran bagi penggunaan masa siaran yang diberikan oleh stesen penyiaran kepada organisasi awam dan syarikat pengiklanan yang kerap membeli waktu siaran di stesen penyiaran berkenaan. Pengurangan bayaran ini diberikan dalam masa siaran, sama ada di kelompok gred utama atau gred lain. Bayaran tersebut kadangkala tidak dikenakan sama sekali. Sekiranya berlaku pertindihan masa siaran iklan dalam kalangan syarikat yang membeli masa siaran, maka potongan masa juga akan diberikan kepada pengiklan yang lebih awal menempah masa siaran tersebut.

Kembali ke atas