Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.nang.kan] | مننڠکن

Definisi : menjadikan atau menyebabkan tenang; me­nenteramkan; meredakan: Dia ber­­nyanyi-nyanyi utk ~ hatinya yg runsing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tenang (adjektif)
1. Bersinonim dengan teduh: reda, hening, tidak berombak, tidak bergelora,
Berantonim dengan bergelora

2. Bersinonim dengan tenteram: lega, lapang dada, damai, bahagia, sejahtera, tabah, sabar, jenjam, kalem,
Berantonim dengan runsing gelabah

3. Bersinonim dengan aman: damai, sentosa, harmoni, rukun,
Berantonim dengan huru-hara

Kata Terbitan : bertenang, menenangkan, ketenangan, penenang,

Peribahasa

327

Into every life a little rain must fall

Sudah menjadi lumrah kehidupan manusia, ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan untuk menenangkan hati orang yang ditimpa malang dan untuk mengingatkan bahawa nasib malang itu hanyalah sementara)

Takkan pasang selalu, di mana surut senantiasa.

Don't you feel sad, my dear. Everybody must have his or her misfortune. Remember, into every life a little rain must fall. Who knows may be tomorrow luck will come and knock at your door.

Usah kamu bersedih, sayangku. Tiada insan yang tidak ditimpa malang. Ingat, takkan pasang selalu, di mana surut senantiasa. Siapa tahu esok-esok nasib yang baik akan datang juga.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(14)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
catharsiskatarsisKesenianTiada2. Cara menenangkan perasaan melalui pengkaryaan seni.
narcoticnarkotikHerbaTiadaHerba yang menenangkan rasa sakit yang sukar diubati atau mengaruh anestesia. Herba ini harus digunakan dengan berhati-hati. Contoh herba ini ialah candu, ganja, ketum dan guarana.
nervinenervinHerbaTiadaHerba yang menenangkan dan menyuburkan sistem saraf. Contoh herba ini ialah pegaga, serai dan lavender.
nervinenervinHerbaTiadaHerba yang menenangkan, menenteramkan dan memelihara sistem saraf. Contoh herba ini ialah pegaga, black cohosh, lobelia, kamomil dan sarsi.
anodyneanodinHerbaFitoterapiUbat yang menenangkan keresahan fikiran dan melegakan rasa sakit dengan pengurangan sensitiviti sistem saraf. Contohnya, candu dan ganja.
ataracticataraktikPerubatanTiadaBerkenaan dadah yang menenangkan.
placatetenteramkanSejarahTiadaPerbuatan atau tindakan menenangkan, mententeramkan atau melembutkan hati seseorang dalam suasana yang tegang.
oral sedationsedasi oralPergigianTiadaKaedah menenangkan pesakit dengan pemberian ubat kepada pesakit pada malam hari sebelum rawatan dan satu jam sebelum rawatan pergigian. Pesakit sedar dan bekerjasama semasa rawatan dijalankan. Contoh ubat yang digunakan ialah chloral hydrate atau midazolam. Kaedah ini juga digunakan sebagai pramedikasi kepada pesakit yang akan menjalani pembedahan bius umum.
ataracticataraktikPerubatanTiadaAgen yang dapat menenangkan fikiran dan menstabilkan emosi.
anodyneanodinHerbaTiadaHerba yang mampu menenangkan dan mengurangkan tahap kesakitan. Contoh herba ini ialah cengkih, adas manis, chamomile (kamomil), juniper dan rosemary.
1234

Kembali ke atas