abduction | pengabdukan | Biologi | Fisiologi | 1. Pergerakan lateral anggota badan menjauhi (menentang arah) satah median badan. 2. Pergerakan anggota-anggota badan menjauhi garis aksial. 3. Putaran mata menjauhi (menentang arah) satah median. |
reyn | reyn | Fizik | Mekanik | Unit kelikatan dinamik bendalir. 1 reyn bersamaan dengan daya 1 poundal per kaki persegi yang menentang aliran dua lapisan bendalir yang selari apabila halaju perbezaannya 1 kaki per saat bagi setiap jarak pemisahan 1 kaki. |
static | statik | Teknik | Elektrik | 1. Berkaitan penumpuan cas pada voltan tinggi yang menentang arus, dan digunakan untuk melihat kesan kenaikan voltan tinggi yang mendadak, contohnya ketika voltan diterjah. 2. Berkaitan dengan peranti suis yang dikendalikan secara elektrik tanpa ada bahagian yang bergerak, iaitu dengan menggunakan litar elektronik. 3. Berkaitan dengan elektron yang berpindah, tetapi tidak bergerak, untuk melakukan sesuatu tugas seperti menyalakan lampu. |
counter force | imbang kuasa | Sejarah | Tiada | 1. Aliran, tekanan, aktiviti atau kuasa yang menentang pihak lawan.,2. Serangan nuklear ke atas tempat ketenteraan yang strategik sebagai sasaran utama. |
geomagnetic poles | kutub geomagnet | Matematik | Tiada | 1. Kutub di hujung paksi geomagnet yang menjadi pusat medan magnet yang menentang keluar sekeliling bumi dan menarik zarah teraruh elektrik dari matahari dan menyebabkan terjadi teja. Paksi ini condong pada sudut 12 darjah ke arah paksi geografi. |
lose | kalah (P.JAS) | Kejuruteraan | Tiada | 1. Kehilangan kuasa isyarat yang disebabkan oleh ciri-ciri kabel, termasuk tenaga yang digunakan dalam menentang rintangan pada kabel, dan kesan-kesan pelemahan.,2. Perbezaan amplitud di antara isyarat semasa penghantaran dengan penerimaan. |
plugging resistor | perintang palam | Teknik | Elektrik | 1. Perintang yang terdapat dalam sel utama dan sekunder tanpa sambungan ke litar luar. Perintang ini menentang aliran arus, dan seterusnya mengehadkan arus semasa berlaku litar pintas; bagi bateri kering kira-kira 25 ampere dan bateri storan 300 ampere; perbezaan arus ini disebabkan oleh kewujudan rintangan palam. 2. Perintang dalam motor aruhan tanpa sebarang sambungan ke litar luar. |
resistance level | aras daya tahan | Perubatan | Tiada | 1. Tahap atau darjah keimunan yang dimiliki dek tubuh.,2. Tahap kekebalan organisma penyebab penyakit dapat menentang antibiotik atau ubatan. |
contempt of court | penghinaan mahkamah | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | 1. Kegagalan untuk mematuhi suatu perintah mahkamah yang berkedudukan tinggi, atau suatu perbuatan yang menentang atau menghina mahkamah atau hakim. 2. Kelakuan yang mungkin boleh menimbulkan perasaan prasangka terhadap perjalanan sesuatu perbicaraan yang adil terhadap tertuduh, yang boleh dihukum denda atau dipenjara. |
sentimentalism | sentimentalisme | Kesusasteraan | Tiada | 1. Keadaan emosi berlebih-lebihan, terlalu mengikutkan hati dengan tujuan menganalisis kepuasan dirinya.,2. Penekanan yang berlebihan lagi optimistik ke atas kebaikan manusia, diperlihatkan sebahagiannya melalui reaksi yang menentang teologi Calvimistic. |