Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.bai.kan] | مڠابايکن

Definisi : 1. tidak atau sangat sedikit memberikan perhatian kpd (seseorang atau sesuatu), tidak mengendahkan, mencuaikan, melalaikan: ~ anak isteri; ~ tugas dan tang­gungjawab; 2. memandang tidak penting, tidak mempedulikan atau meng­endah­kan, menganggap sepi: ~ tunjuk ajar dan nasihat orang; mereka ~ sahaja segala kritik dan cemuhan; 3. tidak menggunakan (sesuatu kesempatan, kemudahan yg disedia­kan, dll), membiarkan atau melepaskan, men­sia-siakan: sayang sekali peluang keemasan itu kau­abaikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.bai.kan] | مڠابايکن

Definisi : 1 tidak mengambil berat terhadap tugas, nasihat dsb; melalaikan; mencuaikan: Kerana selalu ~ pelajaran, ia telah gagal dlm peperiksaan. 2 menganggap tidak penting; tidak mempedulikan: Kerana menganggap dirinya sudah cukup pandai, ia ~ nasihat orang-orang yg lebih berpengalaman drpdnya. terabai tidak dipedulikan; disia-siakan; terbiar. pengabaian perbuatan atau hal mengabaikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengabaikan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
to neglectmengabaikanFizikTiadaTiada
tafritkecuaianPerniagaan IslamTiadaPerihal mengabaikan tugas atau leka ketika melaksanakan kerja. Contohnya, kerani bank tersalah kredit akaun pelanggan, pemegang amanah telah menyalahgunakan harta atau lori yang membawa muatan melebihi had yang dibenarkan.
silent treatmentperlakuan heningPsikologiTiadaTindakan mengabaikan sepenuhnya seseorang atau benda, dengan berdiam diri sebagai cara menyatakan penghinaan atau penolakan.
phubbinglekafonTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaAmalan mengabaikan teman atau sahabat dengan memberikan perhatian kepada telefon atau peranti mudah alih yang lain.
aesthetic attitudesikap estetikKesusasteraanTiada1. Pekerjaan yang mengabaikan kepada pembelajaran keindahan semula jadi, mengenai pentafsiran, kritikan, penghayatan serta teori penggunaannya.
Diogenes syndromesindrom DiogenesPerubatanPsikiatriGangguan tingkah laku yang menunjukkan seseorang mengabaikan pengurusan diri secara ekstrem.
cleptocratkleptokratSosiologiTiadaPemimpin yang menyalahgunakan kekuasaan politik untuk memenuhi kekayaan peribadi dan mengabaikan kebajikan rakyat.
cheat daycuti dietKesihatanTiadaHari apabila individu tidak menjalankan aktiviti diet dengan mengabaikan sekatan terhadap jumlah atau jenis makanan yang dimakan.
mean equator and equinoxmin khatulistiwa dan ekuinoksMatematikTiadaSistem rujukan yang ditentukan dengan mengabaikan kelainan kecil kala singkat gerak khatulistiwa samawi, yang hanya dipengaruhi oleh liukan.
superficial velocityhalaju permukaanKejuruteraanTiadaKadar alir dalam sesuatu saluran berdasarkan keratan rentas keseluruhan dengan mengabaikan kesan halangan dalam saluran tersebut.
123

Kembali ke atas