doublespeak | bahasa berlapik | Umum | Tiada | Penggunaan Bahasa yang bertujuan untuk menyembunyikan, mengelirukan atau mengaburkan fakta sebenar sesuatu perkara. |
steganography | steganografi | Teknologi Maklumat | Perisian | Seni dan kaedah menulis mesej tersembunyi. Seni dan kaedah ini tidak membenarkan orang lain selain daripada penghantar dan penerima mesej menyedari kewujudan mesej tersebut. Seni dan kaedah ini berbeza dengan kriptografi yang hanya mengaburkan mesej tanpa menyembunyikan fakta bahawa terdapat perkara tersembunyi pada mesej tersebut. Kini, steganografi melibatkan penyembunyian maklumat digital dalam sebarang fail komputer. Contohnya, fail yang disembunyikan dalam fail imej yang dihantar melalui e-mel. |
reputation laundering | pengubahan reputasi | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Proses menyembunyikan tindakan rasuah sama ada yang terdahulu atau semasa yang dilakukan oleh seseorang individu atau sesuatu pihak dengan mempamerkan watak dan tingkah laku yang positif bertujuan untuk meningkatkan reputasi dan mengaburkan sejarah mereka. |
obfuscate (advertisement) | kabur (iklan) | Komunikasi | Korporat | Kesalahan umum dalam penulisan iklan kerana menggunakan perkataan yang tidak memberikan maksud khusus, sukar difahami atau sukar ditafsirkan. Kesalahan ini biasanya terjadi apabila penulis iklan tidak memikirkan keperluan khalayak dan jenis media yang digunakan. Contohnya, kesalahan penulisan iklan pada papan tanda yang menggunakan tajuk “Kedai Gunting Wanita”. Penulisan ini mengelirukan khalayak kerana sepatutnya ditulis “Kedai Gunting Rambut Wanita”. Kesilapan seperti ini boleh berlaku disebabkan gaya penulisan yang disengajakan untuk mengaburkan makna ayat dalam iklan bagi mendapatkan perhatian khalayak, atau penulis iklan tersebut kurang menguasai aspek kebahasaan. |