confidant | tema mengadu | Kesusasteraan | Tiada | Watak dalam drama yang membantu watak utama dari segi memberikan nasihat dan mendengar segala masalah dan keluhan watak utama di samping menyimpan rahsianya. |
hysteria | histeria | Psikologi | Psikologi Umum | Fenomena yang berlaku apabila masalah atau kecelaruan psikologi dijelmakan dalam bentuk kecelaruan organik atau somatik. Individu yang mengalami histeria biasanya menunjukkan kegembiraan atau ketakutan yg tidak dapat dikawal. Contohnya, mengadu mengalami masalah atau simptom fizikal seperti kelumpuhan atau kebas yang bukan berpunca daripada sumber-sumber fizikal. Menurut Freud, histeria berkait rapat dengan konflik yang tersembunyi jauh ke alam tidak sedar. Histeria dikenali juga sebagai kecelaruan jelmaan. |
hypochondriasis | hipokondriasis | Psikologi | Psikologi Umum | Bentuk kecelaruan psikosomatik ringan yang diperlihatkan oleh individu yang terlalu mengambil berat tentang kesihatannya sehingga simptom yang kecil dipersepsikan sebagai besar kesannya kepada kesihatan diri. Contohnya, individu hipokondriasis boleh menggunakan pelbagai pil dan vitamin untuk mempertahankan diri atau mengelak daripada penyakit yang dijangka akan dihidapi. Individu ini mungkin mengadu mengalami pelbagai simptom yang terdapat pada satu-satu penyakit berbahaya, sedangkan pakar perubatan gagal mengesahkannya. Apabila pakar perubatan memberitahu pesakit hipokondriasis bahawa dia tidak mengalami apa-apa kecelaruan organik, biasanya pesakit tidak akan percaya dan sering kali memperolok-olokkan pakar kesihatan tersebut. |
hallucination | halusinasi | Psikologi | Psikologi Umum | Pengalaman rekaan individu yang mengakui telah melihat, mendengar atau merasai sesuatu objek atau peristiwa yang tidak wujud secara nyata. Contohnya, individu mengakui telah mendengar suara-suara yang menyuruh melakukan sesuatu sedangkan orang lain di sekelilingnya tidak dapat mengesahkan hal tersebut. Halusinasi psikotik yang paling banyak dialami oleh individu ialah halusinasi pendengaran. Kadangkala, wujud suara arahan yang menyuruh individu mencederakan dirinya sendiri. Terdapat juga individu yang mengadu tentang serangga sedang merayap di bawah kulitnya. Selain itu, penghidap halusinasi juga boleh berasa seperti dibiuskan, disakiti atau disejukkan secara melampau. |
ombudsman | ombudsman | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Badan atau organisasi yang ditubuhkan untuk mengendalikan sesuatu isu, masalah atau konflik yang dikemukakan oleh orang ramai terhadap perkhidmatan awam. Ombudsman akan menjalankan siasatan dan seterusnya membawa kes ke peringkat pengadilan. Kadang kala, ombudsman membuat keputusan dengan mengeluarkan arahan tertentu untuk menyelesaikan sesuatu isu secara dalaman. Individu yang dilantik terdiri daripada mereka yang berpengetahuan, golongan profesional dan pakar dalam sesuatu bidang tugas mengikut kepercayaan dan keperluan sesuatu perkara, isu atau konflik tersebut. Contohnya, Biro Pengaduan Awam yang memberi peluang kepda orang ramai untuk mengadu apabila mereka mempunyai masalah dengan kakitangan awam. |
immune system | sistem imun | Psikologi | Psikologi Umum | Sistem pertahanan badan yang boleh dipengaruhi oleh keadaan atau status kesihatan psikologi individu. Sistem ini didapati sangat berguna untuk mempertahankan diri individu terhadap serangan mikrob atau agen asing yang tidak diperlukan oleh badan. Sistem ini biasanya akan melibatkan aktiviti sel darah putih yang bertindak menyerang bakteria atau virus yang boleh menjejaskan kesihatan. Oleh sebab sistem imun dikawal oleh otak, maka sebarang perubahan yang mengganggu otak boleh menjejaskan sistem imun. Tekanan atau akitiviti emosi lain yang boleh menimbulkan gangguan dalam aktiviti otak juga akan mengganggu sistem imun. Contohnya, ramai pelajar mengadu tidak sihat pada minggu peperiksaan. Keadaan ini dikaitkan dengan kebimbangan untuk menduduki peperiksaan. Penyakit yang sering dialami oleh mereka pada masa tersebut ialah selesema, migrain dan demam. |
political worker | petugas politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Individu yang bekerja untuk sesuatu organisasi atau parti politik sama ada secara sukarela atau dengan mendapat bayaran untuk perkhidmatannya. Petugas ini ditempatkan di pejabat atau markas parti dan melaksanakan segala bentuk kerja perkeranian dan pentadbiran seperti surat-menyurat, penyimpanan fail, rekod serta perhubungan antara ahli politik. Dalam menghadapi pilihan raya, petugas ini akan melaksanakan kerja yang berkaitan dengan kempen, pendaftaran, penyebaran poster, manifesto dan sebagainya. Petugas ini mungkin tidak memahami sepenuhnya ideologi atau sejarah parti tetapi melakukannya sebagai satu pekerjaan. Contohnya, petugas politik di Biro Pengaduan MCA akan menyelesaikan pelbagai masalah orang ramai yang datang mengadu ke pejabat biro tersebut. |