Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngah.wi.ni] | مڠهويني

Definisi : 1. berkahwin dgn, menjadikan isteri (suami): Doris sendiri akan ~ dia, seorang pemuda Timur; kerana kecantikannya inilah, maka datuk saya ~nya; 2. berjimak (bersetubuh) dgn; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngah.wi.ni] | مڠهويني

Definisi : 1 berkahwin dgn; mengambil sbg isteri atau sbg suami: Dia sanggup ~ gadis itu. 2 bersetubuh dgn. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengahwini

Peribahasa

299

The leopard cannot change its spots

Sifat atau tabiat seseorang, lazimnya sangat negative, tidak mungkin berubah.

Asal ayam pulang ke lumbung, asal itik pulang ke pelimbahan

I thought that old man had repented when he married that beautiful singer, but the leopard cannot change its spots. He still dated young girls, only this time right under his wife's nose!

Saya agakkan orang tua itu sudah bertaubat setelah mengahwini penyanyi cantik manis itu, tetapi asal ayam pulang ke lumbung, asal itik pulang ke pelimbahan. Dia masih keluar dengan gadis-gadis muda, cuma kali ini di depan mata isterinya!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(14)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
حرمة النسابharam titihanAgama IslamFiqhHaram mengahwini seseorang yang ada hubungan keturunan.
حرمة المصاهرةharam muṣāḥaraṯAgama IslamFiqhHaram mengahwini seseorang yang ada hubungan persemendaan.
breach of promise of marriagemungkir janji perkahwinanUndang-undangTiadaTidak melaksanakan atau memenuhi atau menepati janji yang dibuat untuk mengahwini seseorang.
hamartiahamartiaKesusasteraanTiadaKesilapan perhitungan yang berpunca daripada kejahilan atau kelemahan peribadi watak. Kelemahan ini menyebabkan watak protagonis dalam drama tragedi tersilap langkah sehingga membawa kepada kejatuhannya. Semasa membicarakan tragedi dalam karya Poetics, Aristotle mengatakan bahawa nasib malang yang menimpa seorang wira tragis bukan disebabkan sifat keji tetapi kerana kejahilan atau salah perhitungan. Contohnya dalam drama Oedipus Rex. Watak Oedipus membunuh bapanya kerana didorong oleh desakan spontan, dan beliau mengahwini ibunya kerana kejahilan. Harmatia berasal daripada perkataan Yunani bermaksud �kesilapan dan kegagalan�.
Oedipus complexkompleks OedipusKesusasteraanTiadaNafsu seks seseorang anak lelaki terhadap ibu kandungnya. Istilah ini dipinjam daripada bidang psikiatri. Kajian yang dilakukan oleh Sigmund Freud mendapati anak lelaki yang mencapai usia antara tiga hingga enam tahun akan memasuki satu fasa, iaitu dia mempunyai nafsu seks terhadap ibunya. Perasaan ini timbul kesan daripada rasa persamaan atau identifikasi anak dengan ibunya yang mengakibatkan anak itu berasa cemburu dan benci terhadap bapanya. Si anak mula menganggap bapanya sebagai lawan bagi merebut perhatian dan kasih sayang ibu. Istilah ini mendapat namanya daripada watak Oedipus dalam drama Oedipus Rex yang menceritakan bagaimana Oedipus membunuh ayahnya dan mengahwini ibunya. Dalam budaya Nusantara, konsep ini sudah ada sejak dahulu seperti yang terakam dalam mitos Sunda bertajuk Sangkuriang. Mitos ini diterapkan dalam karya Ajip rosidi yang juga berjudul Sangkuriang. Hal yang sama turut dirasai anak perempuan apabila mempunyai nafsu seks terhadap bapanya, dan situasi ini disebut kompleks Electra. Isti

Kembali ke atas