Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
maklum (kata kerja)
Bersinonim dengan tahu, mengerti, faham, sedar, mafhum;,
Kata Terbitan : memaklumi, memaklumkan, termaklum, makluman, pemakluman,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
span of controljangkauan kawalanPengurusanPerancanganPenentuan keluasan bidang kuasa sah dan kebertanggungjawaban seseorang pengurus dalam organisasi, dengan mengambil kira bilangan pekerja yang berada di bawah seliaannya dan melaporkan maklum balas tugas secara terus kepadanya. Kepentingan jangkauan kawalan adalah untuk menentukan kuasa kawalan dan skop pemantauan yang perlu dilakukan oleh seseorang pengurus.
administrative control mechanismsmekanisme kawalan pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

Susunan atau jalinan cara dan pendekatan yang digunakan oleh organisasi untuk mengukur, mengawas dan memantau pelaksanaan tadbir urus serta perjalanan bidang tugas pentadbiran. Mekanisme kawalan pentadbiran perlu bersifat sistematik dan menyeluruh bagi memastikan segala bidang tugas agar tidak menyimpang dari landasan yang ditetapkan. Terdapat empat langkah utama yang menjadi mekanisme kawalan pentadbiran iaitu; (i) menetapkan piawai prestasi; (ii) mengukur pencapaian dan prestasi; (iii) membuat perbandingan dan mendapatkan maklum balas; dan (iv) mengambil tindakan pembetulan. Di samping itu, terdapat tiga pendekatan kawalan pentadbiran iaitu kawalan awal, kawalan serentak dan kawalan maklum balas. Mekanisme kawalan pentadbiran ini penting bagi memastikan operasi pentadbiran tidak terganggu.


Kembali ke atas