subitizing | cam kilas/mengecam kilas | Psikologi | Tiada | Perbuatan mengenal pasti jumlah objek dalam suatu kelompok kecil secara serta-merta tanpa perlu mengira atau mencongak. |
figure-ground | kebolehan mengecam | Pendidikan | Tiada | Kebolehan untuk mengenal pasti, mengeluarkan dan memilih satu atau beberapa objek dalam persekitaran yang terdiri daripada objek-objek lain. Contohnya mengutip keluar satu pensel berwama merah daripada bekas pensel, mencari satu nama dalam direktori telefon atau mendengar namanya dipanggil dalam persekitaran yang bising. |
agnosia | agnosia | Perubatan | Tiada | Ketiadaan daya untuk mengecam perangsang deria seperti pendengaran, penglihatan, penghiduan dan penyentuhan. |
bed delineation | penyerlahan lapisan | Kejuruteraan | Petroleum | Proses mengecam atau mengenal beza unit-unit lapisan dalam suatu jujukan stratigrafi atau dalam jujukan sedimen yang boleh nampak dalam keratan log telaga. Log-log yang dipakai biasanya terdiri daripada log-log litologi. Pengecaman dibuat dengan cara mensekaitkan titik-titik yang serba sama pada lengkung-lengkung log yang berkenaan. |
electronic nose | hidung elektronik | Fizik | Nanoteknologi | Peranti untuk mengecam bau komponen tertentu dan menganalisis kandungan kimianya bagi pengenalan sumber bau tersebut. Peranti ini meniru sistem hidung sebenar yang terdiri daripada susun atur sensor kimia dan sistem pengecaman corak yang menggunakan rangkaian neural buatan. Peranti ini digunakan secara meluas untuk mengawal kualiti dalam industri makanan, minuman dan kosmetik. Penggunaan lain ialah pengesanan bau bagi penyakit tertentu dalam diagnosis perubatan dan pengesanan kebocoran gas dan pencemaran alam sekitar. |
regionalism | fahaman kedaerahan; regionalisme | Geografi | Tiada | 2. Percubaan untuk mengecam kawasan-kawasan bagi melaksanakan perancangan dan pentadbiran yang lebih berkesan dan lebih licin. |
picture processing | pemprosesan gambar | Teknologi Maklumat | Tiada | Proses untuk mengecam atau memanipulasi gambar dengan menggunakan gabungan beberapa algoritma seperti algoritma penipisan dan penapisan. Sinonim pemprosesan imej. |
picture processing | pemprosesan gambar | Teknologi Maklumat | Tiada | Proses untuk mengecam atau memanipulasi gambar dengan menggunakan gabungan beberapa algoritma seperti algoritma penipisan dan penapisan. Sinonim pemprosesan imej. |
astereognosis | astereognosis | Perubatan | Tiada | Kehilangan keupayaan untuk mengenal atau mengecam sesuatu objek atau untuk menilai bentuk objek dengan meraba atau menyentuhnya. Keadaan ini juga dikenali sebagai amnesia sentuhan. |
gas chromatography | kromatografi gas | Bioteknologi | Tiada | Kromatografi untuk memisahkan dan mengecam sebatian kimia meruap dalam campuran gas dengan menggunakan prinsip penyerapan memilih. |