soaking charge | pengecasan rendaman | Teknik | Elektrik | Proses mengecaskan bateri sekunder, iaitu dengan mengecaskan bateri itu dalam jangka masa yang lama untuk membuang sulfat daripada platnya (biasanya dalam tempoh 24 jam). Lihat juga pengecasan lambat. |
quick charge | pengecasan cepat | Teknik | Elektrik | Kaedah mengecaskan bateri storan dengan cepat, iaitu dengan menambah kadaran arus cas. Kaedah ini sama seperti mengecaskan cara voltan malar. |
tapering charge | pengecasan tirus | Teknik | Elektrik | Kaedah pengecasan cepat untuk mengecaskan bateri storan pada volt malar. Arus yang mengalir akan beransur-ansur berkurangan apabila bateri itu menghampiri cas penuh. |
battery charger | pengecas bateri | Teknik | Elektrik | Peranti yang digunakan untuk mengecaskan bateri sekunder. Ada pelbagai jenis peranti pengecas bateri, seperti set motor-penjana dan pengubah-penerus, di samping alatan pengukuran voltan dan arus. |
electrostatically augmented scrubber | penggahar imbuh elektrostatik | Kejuruteraan | Tiada | Peranti kawal yang menggabungkan mekanisme tarikan elektrostatik dengan pemisahan sifat tekun, dengan mengecaskan zarah sebelum memasuki pengumpul basah. |