Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.luar.kan] | مڠلوارکن

Definisi : 1. membawa atau menye­babkan keluar dr sebelah dlm sesuatu (mis bangunan, bilik, bekas, tubuh, dll) ke sebelah luarnya: ~ alat perkakas dr dlm bilik itu dan meletakkannya ke ruang tengah rumah itu; dia ~ kotak rokok dr dlm saku baju; ~ sedikit darah dr tubuh pesakit; ~ air mata menangis; 2. menyebabkan keluar (tercabut, muncul, terurai) sesuatu yg tertanam atau terbenam: dicungkil-cungkilnya dgn hujung pisau utk ~ duri itu dr ibu jarinya; doktor akan berusaha utk ~ peluru itu dr dadanya; 3. menyingkirkan, memisahkan (dr kumpulan dll): Parti Komunis Indonesia mengalu-alukan dan menyokong penuh keputusan Presiden Sukarno hendak ~ Indonesia dr PBB; dia mesti dikeluarkan dr kampung ini; 4. memecat (ahli, pegawai, dll), mem­berhentikan dr jawatan (kedudukan dll): pegawai itu telah dikeluarkan kerana curang; 5. mengumumkan (biasanya melalui siaran radio, akhbar, surat pekeliling, dll): ~ arahan dan peraturan baru kpd kakitangan kerajaan; kerajaan telah ~ perintah berkurung di kawasan itu; 6. melahirkan atau menyatakan (perasaan, pendapat, dll), meng­ucapkan (kata-kata): ia pun menaruh dendam dlm hatinya, tiada dikeluarkannya pd seorang jua pun; ia sendiri tidak mahu ~ kata-kata yg menambahkan kerisauan hati anaknya; 7. membelanjakan: mereka terpaksa ~ wang yg banyak utk pelajaran anak-anak mereka; 8. mengadakan, menyediakan (wang dll); ~ modal mengadakan modal; 9. menerbitkan (buku, majalah, dll): Dewan Bahasa dan Pustaka telah ~ banyak buku pelajaran utk sekolah-sekolah; 10. meng­hasilkan (galian, barang-barang mentah, dll): Malaysia ialah negara yg paling banyak ~ bijih timah dan getah asli; ladang pun belum pula ~ apa-apa yg boleh dijadikan wang; 11. Id mengeksport, menghantar (barang dagangan) ke luar negeri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.luar.kan] | مڠلوارکن

Definisi : 1 memindahkan barang dll ke sebelah luar; membawa ke luar: Dia ~ sehelai sapu tangan dr dlm sakunya. 2 melahirkan atau menyatakan (pendapat dll): Mereka tidak mempunyai kebebasan dan tidak boleh ~ fikiran sendiri. 3 membelanjakan wang utk sesuatu: Mereka terpaksa ~ wang yg banyak utk membiayai projek itu. 4 menerbitkan buku, majalah dll: Dewan Bahasa akan ~ kamus Inggeris-Melayu tidak lama lagi. 5 menghasilkan getah, bijih timah dll: Malaysia ialah negara yg paling banyak ~ getah asli. 6 menghentikan drpd jawatan dll; memecat: Ia telah dikeluarkan dr persatuan itu kerana kecurangannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keluar (kata kerja)
1. Bersinonim dengan pergi: berangkat, beredar, berlalu, bergerak, berganjak,
Berantonim dengan masuk

2. Bersinonim dengan muncul: timbul, terpacul, terpacak, menjelma, terjengul, menjengul,
Berantonim dengan lesap

3. Bersinonim dengan mengalir: terbit, terpancar, terpancut,

4. Bersinonim dengan diumumkan: disiarkan, diterbitkan, dipasarkan, dijual, diedarkan,

5. Bersinonim dengan dilafazkan: diucapkan, diluahkan, dilahirkan, terhambur,

6. Bersinonim dengan berhenti: menarik diri

Kata Terbitan : mengeluarkan, terkeluar, keluaran, pengeluaran, pengeluar,

Peribahasa

Melepaskan peluru petunang.

Bermaksud :

Mengeluarkan kata-kata yang tepat. peluru petunang = peluru yang berjampi untuk mengenai sasarannya.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
caulocarpickaulokarpikBiologiEkologiTumbuhan yang selepas mengeluarkan bunga, tumbuh sepanjang tahun, lalu mengeluarkan bunga lagi pada tahun hadapan atau beberapa tahun kemudian.
diabetes insipidusdiabetes insipidusMakanan dan PemakananPemakananSejenis penyakit yang jarang berlaku. Penyakit ini berlaku apabila buah pinggang seseorang mengeluarkan sejumlah urin yang banyak, cair dan tidak berbau. Individu normal mengeluarkan 1-2 kuart urin sehari. Manakala individu yang mengalami diabetes insipidus mengeluarkan 3-20 kuart urin sehari. Keadaan ini mengakibatkan keperluan air meningkat dengan banyak.
drawerpenyuruh bayarPentadbiranTiada1. Orang yang mengeluarkan bil pertukaran yang mengarahkan pesuruh bayar menjelaskan sejumlah wang. 2. Orang yang mengeluarkan cek yang mengarah pihak bank untuk menjelaskan sejumlah wang.
aquicludeakuikludHidrogeologiTiadaLapisan, formasi, atau kelompok formasi tepu yang mengeluarkan sedikit air ke parit, perigi, mata air dan rembesan. Ini bertentangan dengan akuifer yang mengeluarkan banyak air.
stoloniferous grassrumput berstolonVeterinarTiadaRumput yang membiak dengan cara mengeluarkan stolon yang tumbuh dari bahagian batang untuk menjadi pokok baru. Contohnya, lalang yang cepat merebak dengan mengeluarkan stolon yang banyak. Rumput ini boleh dijadikan sebagai makanan ternakan.
structured Islamic bondbon Islam terstrukturEkonomiEkonomi IslamPembelian atau pemilikan aset yang dibiayai dengan mengeluarkan bon. Bagi pembelian aset, pembeli akan mengeluarkan bon untuk mendapatkan dana menggunakan prinsip bai‘ bithaman ajil dan murabahah. Bagi pemilikan aset bersama, pembiayaan bon dilakukan dengan menggunakan prinsip ijarah, musyarakah dan mudarabah. Lihat juga pensekuritian aset Islam.
thermoneutral zonezon termoneutralVeterinarTiadaJulat suhu persekitaran yang menyebabkan haiwan berdarah panas mengeluarkan haba yang malar. Dalam julat ini haiwan merasa selesa kerana tidak mengeluarkan haba yang berlebihan untuk memanaskan badan dan tidak juga membebaskan haba untuk menyejukkan badan seperti proses berpeluh dan mencungap. Haiwan yang menyesuaikan diri dengan persekitaran sejuk mempunyai julat suhu yang lebih luas berbanding dengan haiwan yang hidup dalam persekitaran panas.
crop earlinesskeawalan tanamanPertanianAgronomi

 Tempoh masa tersingkat sesuatu tanaman mula mengeluarkan bunga setelah ditanam dan seterusnya menghasilkan buah yang boleh dituai. Varieti tanaman yang mengeluarkan bunga awal akan mengurangkan masa menunggu untuk mendapatkan hasil dan menguntungkan pengeluar. Contohnya, varieti padi baru seperti MR219,  dapat dituai dalam masa 105 hari kerana sifat keawalannya, berbanding varieti tradisional yang memakan masa lebih 150 hari. Penggunaan varieti keawalan singkat akan membolehkan padi ditanam sebanyak dua kali setahun.

drainage wellperigi saliranHidrogeologiTiadaPerigi yang digunakan untuk mengeluarkan air tanih atau air permukaan lebihan dari akuifer yang cukup telap dan mempunyai hulu yang cukup jauh di bawah permukaan tanah untuk mengeluarkan air pada kadar yang memuaskan. Ini mungkin termasuk aliran semula jadi atau pemampaan ke perigi. Sin.: perigi serap, perigi penyerapan, perigi songsang, perigi saliran songsang, perigi negatif, perigi suntikan buangan, perigi lupusan buangan
creepertumbuhan jalarPertanianAgronomi

 Tumbuhan yang menutupi kawasan dengan mengeluarkan batang yang berupaya menjalar dengan cepat. Batang yang menjalar ini dipanggil stolon dan pada setiap stolon terdapat nod yang akan mengeluarkan akar dan pucuk. Kebanyakan tanaman penutup bumi dipilih dari jenis tumbuhan jalar kerana dapat melitupi kawasan dengan cepat serta mudah memanjat sesuatu struktur tegak seperti pokok atau pagar. Tumbuhan jalar juga boleh menjadi rumpai yang berbahaya  seperti pokok Mikania cordata yang cepat menguasai kawasan dan memberi saingan kepada tanaman sekiranya tidak dikawal. Sinonim tumbuhan menjalar. 

12345678910...

Kembali ke atas