expansivity | kekembangan | Kimia | Tiada | 1. Kualiti untuk mengembang.,2. Pekali pengembangan. |
critical density | ketumpatan genting | Kejuruteraan | Tiada | 1. Ketumpatan genting: Keadaan apabila pasir yang ditindaki daya ricih tidak mengembang mahupun mengecut.,2. Ketumpatan lalu lintas di lebuh raya apabila jumlah lalu lintas sama dengan kemuatannya. |
liquid | mudah tunai; cecair | Kejuruteraan | Tiada | 1. Cecair: Keadaan jirim di antara pepejal dengan gas. Bendalir tidak mengembang, tetapi kekal di bahagian bawah bejananya, apabila tekanan ditiadakan. Ia tak boleh mampat. |
frock coat | kot frok | Kesenian | Tiada | 1. Kot lelaki paras paha sama ada berbres tunggal atau dubel, sama sendat hingga ke garis pinggang, kemudian mengembang dari garis pinggang ke paha, biasanya berkocek tutup, berbelah bahagian tengah belakang dan berbutang pada garis pinggang. Dipakai dari abad ke-18 hingga ke-19.,2. Jaket sama sendat paras pinggul dipakai oleh wanita pada tahun 1890-an. |
bronchial intubation | intubasi bronkus | Perubatan | Tiada | 1. Prosedur memasukkan tiub endobronkial ke dalam bronkus. Prosedur ini merupakan salah satu teknik pengasingan paru-paru untuk memudahkan pembedahan torasik dan mengasingkan paru-paru normal daripada pencemaran paru-paru berpenyakit. 2. Keadaan yang boleh berlaku apabila intubasi trakea dimasukkan terlalu dalam secara tidak sengaja sehingga ke bronkus, biasanya ke bronkus kanan. Keadaan ini menyebabkan paru-paru kiri tidak mengembang dan paru-paru kanan mengembang dengan berlebihan. |
Moreton wave | gelombang Moreton | Matematik | Tiada | Gelombang kejutan magnetohidrodinamik yang mengembang keluar dari korona dalaman matahari pada halaju kira-kira 1000 km s-1 yang berlaku berikutan daripada kejadian kilau besar. |
piezoelectric | piezoelektrik | Kejuruteraan | Tiada | 1. Sifat beberapa hablur tertentu yang menghasilkan voltan apabila ditindaki tegasan mekanik, atau mengalami tegasan mekanik apabila ditindaki voltan.,2. Prinsip pacuan penyuara yang menggunakan unsur seramik yang mengembang atau melentur di bawah tindakan voltan isyarat, dengan pemesongan ini menghasilkan keluaran bunyi. |
expansion vessel | bejana pengembangan | Kimia | Tiada | Sinonim: 1. pemisah sejuk 2. pemisah suhu rendah Sejenis pemisah yang reka bentuknya dibuat sedemikian rupa supaya boleh atau mampu mengendalikan dan meleburkan hidrat gas yang terbentuk akibat proses penyejukan melalui pengembangan dan gas yang dimasukkan ke dalamnya akan dibiarkan mengembang. Digunakan dalam proses pemisah sejuk dan kadang kala untuk mengendalikan pengeluaran dari telaga gas yang bertekanan tinggi yang boleh menghasilkan cecair ringan. |
expansion vessel | bejana pengembangan | Kejuruteraan | Petroleum | Sinonim: 1. pemisah sejuk 2. pemisah suhu rendah Sejenis pemisah yang reka bentuknya dibuat sedemikian rupa supaya boleh atau mampu mengendalikan dan meleburkan hidrat gas yang terbentuk akibat proses penyejukan melalui pengembangan dan gas yang dimasukkan ke dalamnya akan dibiarkan mengembang. Digunakan dalam proses pemisah sejuk dan kadang kala untuk mengendalikan pengeluaran dari telaga gas yang bertekanan tinggi yang boleh menghasilkan cecair ringan. |
sack | pakaian sak | Kesenian | Tiada | 1. Jaket kecil bayi yang dikancing dengan reben pada akhir, abad ke-19 dan awal abad ke-20.,2. Gaun longgar untuk pakaian harian yang dipakai oleh wanita pada abad ke-16. 3. Pakaian yang popular di Perancis pada awal abad ke-18 hingga tahun 1755 yang bercirikan dua lisu setentang pada bahagian belakang yang dijahit dari garis leher belakang ke bahu dan dilepaskan mengembang ke kelepet. |