Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.na.li] | مڠنلي

Definisi : 1. kenal akan, mengenal: dia yg baru sahaja ~ pemuda itu telah sanggup menurut kata-katanya; 2. mengetahui (rupa­nya, sifatnya, tanda-tandanya, dll): aku akan mendapat kesempatan ~ sistem pendidikan di negeri-negeri yg akan kulawati; beliau dikenali sbg seorang yg dermawan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.na.li] | مڠنلي

Definisi : mengetahui atau tahu akan sifatnya, rupanya dll dgn lebih mendalam: Orang ramai ~nya sbg seorang yg pemurah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengenali

Peribahasa

100

Nothing so bad but it might have been worse

Di sebalik malang yang menimpa, tentu ada kebaikan atau rahmatnya.

Dalam buruk ada baik

She was deeply depressed when her megastar fiancé dumped her. She had known him long before he became famous. But nothing so bad but it might have been worse. Her broken relationship has been trust into the limelight and opened doors to many lucarative offers from big companies. Now, she’’s crying all the way to the bank!

Dia dirundung kesedihan apabila tunangnya yang merupakan artis ternama telah meninggalkannya. Dia mengenali lama sebelum tunangnya itu menjadi terkenal. Tetapi dalam buruk ada baik. Kisah putus tunangnya itu menjadi perhatian ramai dan mengundang banyak tawaran lumayan daripada syarikat yang besar. Kini, rintihannya itu mengaut rezeki!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
brand awarenesspengetahuan jenamaKomunikasiKorporatTahap mengenali dan mengetahui kewujudan sesuatu jenama dalam pasaran dalam kalangan pengguna. Tahap mengenali dan mengetahui ini merupakan tahap awal yang perlu dicapai dalam kempen pengiklanan. Pelaksanaan strategi peringkat ini tidak memaparkan banyak fakta dan tidak melibatkan usaha pemujukan kerana tumpuan strategi lebih kepada penjelasan tentang barangan yang diperkenalkan. Adakalanya, aktiviti kempen pengetahuan jenama dilakukan lebih awal sebelum sesuatu barangan diperkenalkan dan dilancarkan dalam pasaran. Strategi penyampaian pengiklanan lebih menggunakan kaedah yang menggalakkan khalayak mengenali dan mengetahui barangan. Kajian tinjauan pemasaran dilakukan untuk mengetahui tahap pengetahuan jenama. Pada tahap ini, media bercetak seperti surat khabar dan pepanji biasanya banyak digunakan untuk memperkenalkan barangan tersebut..
market segmentationpembahagian pasaranKomunikasiKorporatKaedah mengenali pasaran berdasarkan sektor yang ditetapkan mengikut ciri tertentu. Terdapat dua kaedah untuk mengenali pasaran. Pertama, membahagikan sejumlah besar masyarakat yang bersifat heterogen kepada kelompok atau pasaran yang berbeza. Setiap kelompok berfungsi mewakili pasaran dengan ciri tersendiri untuk memenuhi keperluan aktiviti pemasaran. Kedua, membahagikan masyarakat yang bersifat heterogen kepada kelompok kecil pasaran yang mempunyai ciri homogen, seperti berasaskan gaya hidup, demografi, geografi dan psikografi. Tujuannya adalah untuk memudahkan aktiviti merancang jenis dan reka bentuk barangan, serta strategi proses, pemantauan, dan penyelidikan pemasaran. Aktiviti ini biasanya dilakukan oleh bahagian pemasaran dengan bantuan atau sokongan bahagian komunikasi korporat sesebuah syarikat. Kesemua aktiviti tersebut dilakukan berdasarkan data yang diperoleh melalui penyelidikan pasaran.
modulomoduloKejuruteraanTiadaTeknik mengenali sesuatu elemen dalam struktur algebra, dengan cara pengumpulan objek struktur yang sama.
astereognosisastereognosisPerubatanTiadaTiadanya upaya untuk mengenali objek melalui sentuhan.
program planningperancangan programKejururawatanTiadaProses mengenali dan menentukan tindakan terperinci ke atas sesuatu perkara yang dikenal pasti.
imprintingpeneraanBiologiEkologiProses pembelajaran untuk mengenali dan merapati sesuatu objek, yang terjadi pada awal kehidupan beberapa jenis burung. Jangka masa awal ini yang disebut masa kritikal boleh jadi beberapa jam atau beberapa hari bergantung pada spesies. Misalnya, peneraan pada anak itik berlaku antara satu hingga 16 jam selepas menetas, dan pada anak ayam pula antara beberapa jam hingga beberapa hari.
Koori tourismpelancongan KooriPelanconganTiadaAktiviti melancong untuk mengenali dan mempelajari budaya dan kehidupan etnik Koori di Australia.
القائفqā’ifAgama IslamFiqhOrang yang mahir dalam mengenali titihan keturunan seseorang.
air-mass classificationpengelasan iklim udaraSainsHidrometeorologiSistem untuk mengenali dan mencirikan jisim-jisim udara yang berlainan mengikut skema asas. Beberapa sistem telah dicadangkan, tetapi pengelasan Bergeron lebih diterima dengan meluas. Dalam sistem ini, jisim udara perlu dikenal pasti mengikut sifat-sifat terma wilayah puncanya: tropika (T); kutub (P); dan kadang-kadang Arktik dan Antartika (A). Untuk ciri taburan kelengasan; jisim-jisim udara dibezakan kepada kawasan punca kebenuaan (c) dan kelautan (m). Pengelasan seterusnya adalah mengikut sama ada udara sejuk (k) atau panas (w) nisbi terhadap permukaan di bawahnya. Ini menunjukkan keadaan kestabilan aras rendah udara jenis pengubahsuaian dan juga berkait dengan cuaca dalam jisim udara itu. Garis panduan pengelasan menghasilkan penanda jisim udara seperti cTk, cTw, mTk, mTw, cPk, cPw, mPk, mPw, cAk, cAw, mAk, mAw; (yang terakhir tidak pernah digunakan)
personal identity disturbancegangguan identiti peribadiPerubatanTiadaKegagalan seseorang individu mengenali dan memahami diri sendiri disebabkan gangguan mental.
123456

Kembali ke atas