Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.gan.ding.kan] | مڠݢانديڠکن

Definisi : membandingkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.gan.ding.kan] | مڠݢانديڠکن

Definisi : 1. menghubungkan, memautkan, mempertalikan: kereta yg rosak itu digandingkan dgn sebuah lori; 2. menghubungkan, mengaitkan: kemiskinan rakyat umumnya dapat digandingkan dgn keadaan ekonomi negara; 3. membawa supaya berhampiran (berdampingan), mendekatkan: sampan itu digandingkan dgn motobot; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.gan.ding.kan] | مڠݢانديڠکن

Definisi : 1 menjadikan berhampiran letaknya; mendampingkan; mendekatkan: Si Tenggang pun ~ perahunya dgn kapal saudagar itu. 2 mengikat atau menghubungkan kpd sesuatu supaya ditarik: Ketika saya sampai di tempat itu, dia sedang ~ keretanya dgn sebuah lori. 3 menjadikan berhubungan (bertalian atau bersangkut paut); mempertalikan: Kita tidak boleh ~ perkara ini dgn perkara-perkara lain kerana tidak ada sangkut pautnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggandingkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
coupling capacitorkapasitor gandinganKejuruteraanTiadaMana-mana kapasitor untuk menggandingkan dua litar, terutamanya yang menggandingkan antena dengan penghantar atau penerima.
annealingpenyepuhanFarmasiBioteknologi FarmasiProses menggandingkan dua bebenang tunggal rantai asid nukleik menjadi DNA/DNA, RNA/RNA atau DNA/ RNA yang saling melengkapi. Penyepuhan juga sering digunakan untuk menggambarkan penggandingan semula bebenang selepas penyahaslian melalui pemanasan, seperti semasa proses tindak balas rantai polimerase (PCR).
interoperabilitysaling kendaliTeknologi MaklumatTiadaKeupayaan menggandingkan satu sistem dengan satu sistem yang lain.
directional couplerpengganding berarahKimiaTiadaPeranti yang menggandingkan sistem sekunder sahaja kepada gelombang yang menjalar pada arah tertentu dalam sistem penghantaran primer dengan mengabaikan sama sekali gelombang yang menjalar pada arah yang berlawanan.
directional couplerpengganding berarahFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanPeranti yang menggandingkan sistem sekunder sahaja kepada gelombang yang menjalar pada arah tertentu dalam sistem penghantaran primer dengan mengabaikan sama sekali gelombang yang menjalar pada arah yang berlawanan.
turbine shaft couplingganding aci turbinKejuruteraan Kapal TerbangTiadaPeranti yang menggandingkan turbin dan aci pemampat bersama, lazimnya berbentuk kolar bulat.
coupling agentagen penggandingKejuruteraanPetroleumSebarang jenis bahan kimia yang berfungsi untuk menggandingkan dua jenis bahan dengan cara membentuk ikatan kimia. Dalam proses pemejalan pasir, agen pengganding digunakan untuk menghasilkan ikatan kimia yang kuat antara resin dengan butir-butir pasir.
liquid chromatography-mass spectrometry (LC-MS)kromatografi cecair-spektrometri jisimHerbaFitokimiaKaedah analisis yang menggandingkan kromatografi cecair prestasi tinggi sebagai alat pemisah dan spektroskopi jisim sebagai alat pengesan. Kaedah ini membolehkan pemisahan dan pengenalpastian sebatian yang terkandung dalam sesuatu larutan atau campuran dilakukan serentak. Kaedah ini lebih sesuai bagi analisis sebatian yang kurang meruap atau sebatian labil. Contohnya, analisis sebatian protein, peptida dan glikosida.
gas chromatography-mass spectroscopy (GC-MS)kromatografi gas-spektroskopi jisim (GC-MS)HerbaFitokimiaKaedah analisis yang menggandingkan kromatografi gas sebagai alat pemisah dan spektroskopi jisim sebagai alat pengesan. Kaedah ini membolehkan pemisahan dan pengenalpastian sebatian yang terkandung dalam suatu ekstrak tumbuhan atau minyak pati secara serentak.
learning tools interoperability (LTI)saling kendali alat pembelajaran (LTI)Teknologi Maklumate-PembelajaranPiawaian yang menetapkan kaedah menggandingkan pelbagai aplikasi pembelajaran untuk dijalankan atas pelbagai platform pembelajaran. Contohnya, aplikasi pembelajaran AmazonKindle digandingkan dengan platform awan dan Android, iBook digandingkan dengan platform awan dan iOS, dan Google Classroom digandingkan dengan platform Windows, MacOS dan awan.
12

Kembali ke atas