chest physiotherapy | fisioterapi dada | Perubatan | Tiada | Rawatan dan pencegahan penyakit yang dilakukan dengan mengurut, menggegar atau melakukan gerakan aktif atau pasif di bahagian dada. Prosedur ini bertujuan mengawal salur udara, mengembangkan paru-paru, mengurangkan atelektasis dan retensi sputum. Prosedur ini sesuai dilakukan kepada pesakit yang mengalami penyakit pulmonari obstruktif kronik dan radang paru-paru. |
vibrating conveyor | pembawa bergetar | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Alat pembawa atau penghantar yang membawa dan menggegar bahan berserbuk menggunakan dasar paluh yang disambungkan pada sesebuah penggetar atau pengayun. Getaran boleh dihasilkan dengan bantuan sesondol atau penggerak hidraulik. Getaran boleh membuatkan bahan berserbuk teragih mengikut saiz zarah atau leroi agar mudah diasingkan. |
carricature | karikatur | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang menggambarkan perangai, perbuatan, sama ada pertuturan atau mimik. Tujuannya untuk menimbulkan kejenakaan dan ketawa kepada khalayak. Contohnya, Menggegar batang limau, Terikat lembing dekat kendil; Gementar tulang harimau, Melihat kambing menyandang bedil. |