dilettante | penggemar seni | Sejarah | Tiada | 1. Orang yang meminati atau menggemari seni dan hal-hal yang mempunyai nilai estetik.,2. Orang yang mempelajari seni sebagai hobi sahaja tanpa berminat meneruskannya secara profesional serta memahami pengertian seni sebenarnya. |
polonaise | polonaise | Muzik | Tiada | 1. Tarian perarakan yang wujud pada abad ke-17. Polonaise berasaskan tarian rakyat Poland, bermeter 3/4 dan bertempo sederhana. 2. Karya instrumental terutamanya untuk piano solo yang berasaskan ritma tarian polonaise. Chopin amat menggemari karya instrumental jenis ini dan menggunakan ritma polonaise sebagai lambang bagi menunjukkan semangat nasionalisme. Contohnya, Military Polonaise, A major, Op. 40, No. 1 (1838). |
fly fishing | pancing layang | Perikanan | Tiada | Kaedah memancing di kawasan air tawar dengan menggunakan joran yang ringan dan panjang serta menggunakan serangga tiruan sebagai umpan. Melalui kaedah ini, tali yang lebih berat berbanding umpan tiruan yang kering dan lebih ringan, dilontar keluar yang kemudiannya diikuti oleh umpan tiruan. Tali pancing yang digunakan akan tenggelam tetapi umpan tiruan akan timbul di atas permukaan air. Kaedah pancing layang berkesan untuk memancing ikan pemangsa yang menggemari serangga hidup di permukaan tasik atau sungai. |
little tuna | tuna kecil | Perikanan | Tiada | Ikan tuna daripada famili Scombridae, iaitu kumpulan ikan pelagik neritik yang bersaiz kecil seperti aya selasih, aya kurik dan aya hitam. Tuna kecil mempunyai bentuk badan seperti torpedo, dua sirip belakang yang terpisah dan berwarna kehitam-hitaman atau kebiruan-biruan mengikut spesies. Ikan ini berhijrah mengikut musim dan terhad di kawasan pantai rantau benua. Ikan ini boleh ditangkap menggunakan pancing, pukat hanyut dan pukat jerut. Tuna kecil menggemari umpan tiruan berbentuk ikan atau sotong. Sinonim tongkol kecil. Lihat juga pelagik, neritik. |