Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ger.ga.ji] | مڠݢرݢاجي

Definisi : 1. memotong dgn gergaji; 2. berjalan serong ke kiri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ger.ga.ji] | مڠݢرݢاجي

Definisi : memotong dgn menggunakan gergaji. ~ racik menggergaji (memotong) sekeping kayu tebal utk dijadikan beberapa keping yg sama besar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggergaji


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
saw pitliang menggergajiPerhutananTiadaTiada
sawing cuttingpemotongan menggergajiKejuruteraanKejuruteraan KimiaKaedah pemotongan logam dengan gergaji untuk menghasilkan kepingan atau bentuk tertentu apabila kaedah pemotongan membakar atau fluks merosakkan sifat bahan.
plain sawinggergajian biasaKejuruteraanKejuruteraan BangunanCara menggergaji balak yang tidak mengambilkira arah gegelang tahunan yang terdapat pada keratan kayu balak tersebut.
saw machinemesin gergajiKesenianTiadaMesin untuk memotong atau menggergaji benda kerja.
blade entry holelubang pemulaKesenianTiadaLubang kecil yang dibuat sebagai pemula untuk menggergaji lubang yang lebih besar.
conversionpengubahanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanProses mengubah atau memotong balak menjadi hasil kayu. Misalnya, proses menggergaji untuk menghasilkan kayu gergaji atau proses mengupas untuk menghasilkan kepingan venir.
breakdownpembelahPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanOperasi awal dalam proses penukaran kayu balak bulat menjadi kayu racik, dengan menggergaji kayu balak secara memanjang. Proses ini dijalankan dengan menggunakan gergaji belah.
viceragumPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanAlat daripada keluli atau besi tuang yang terdiri daripada dua pencengkam yang digunakan untuk memegang benda kerja semasa menggergaji, mengikir, menggerudi, menggilap, melentur atau memperekat kayu. Terdapat tiga jenis ragum yang biasa digunakan dalam kerja kayu iaitu ragum meja, ragum gerudi dan ragum tangan.
manufacturing imperfectionsketaksempurnaan pembuatanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanCacat rupa yang terjadi semasa pembuatan hasil kayu, seperti ira timbul, ira koyak, langkau ketam, variasi dalam kerja menggergaji dan mengetam, ketebalan tak sekata, kesilapan memadan kayu, rentung mesin dan ketakcukupan lidah lurah.. Kesemua cacat tersebut berlaku akibat pembuatan yang kurang berhati-hati atau akibat penggunaan mesin yang tidak sempurna.
G-clamp, G-crampapit-GPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanAlat kerja kayu daripada logam yang berbentuk G yang digunakan untuk mengapit benda kerja pada meja semsa menggergaji, memahat atau mengukir, atau untuk mengapit kayu-kayu kecil yang hendak diperekat. gambar (Apit G)
12

Kembali ke atas