Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.gréd.kan] | مڠݢريدکن

Definisi : menentukan gred (mutu); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.gréd.kan] | مڠݢريدکن

Definisi : membahagi-bahagikan mengikut gred: Pekerja itu ~ telur mengikut saiznya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggredkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
observer biasbias pemerhatiPsikologiPsikologi UmumKecenderungan pemerhati untuk mengherotkan pemerhatiannya atau persepsi supaya apa yang diharapkan atau dipercayai berlaku. Contohnya, dalam satu eksperimen penilaian, guru diminta menggredkan pelajar yang telah dilabelkan sebagai mengalami gangguan pembelajaran, gangguan mental dan pelajar normal. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru telah menggredkan pelajar tersebut mengikut label yang diberikan. Gred yang baik diberikan lebih banyak kepada pelajar normal.
skirtingskirtingKesenianTiada1. Proses mengasingkan dan menggredkan bulu biri-biri. Contoh: bulu bahagian kaki dan bahagian-bahagian yang lain.,2. Proses mengasingkan perca fabrik pakaian wanita dan fabrik lapis kot lelaki yang mengandungi fabrik kapas dan fabrik benang sayat.,3. Fabrik yang digunakan untuk membuat skirt wanita.,4. Fabrik untuk hiasan pada tepi keliling meja atau pentas yang biasanya berlisu.
star-systemsistem bintangKesenianDrama dan TeaterKaedah menggredkan pelakon berdasarkan populariti mereka dalam dunia teater atau filem.
pulp grading equipmentkelengkapan penggredan pulpaKejuruteraanTiadaPeralatan untuk menggredkan kandungan uranium daripada bentuk bijih pulpanya dan berat kering kandungan dalam bijih itu secara pengukuran kadar keaktifan dan ketumpatan air.
difficulty indexindeks kesukaranPsikologiPsikologi UmumPetunjuk kepayahan yang digunakan untuk menyusun atau menggredkan butiran atau skala ujian. Contohnya, pengkaji menyusun butiran ujian mengikut urutan daripada yang mudah kepada yang sukar.
summative assessmentpentaksiran sumatifPendidikanTiada

 Pentaksiran formal yang berlaku pada akhir sesuatu unit pengajian untuk menggredkan pencapaian pelajar.

 
borrow-pit methodkaedah pelubang pinjamLandskapTiadaSalah satu kaedah yang digunakan bagi mengira isi padu tanah yang akan dipotong dan ditambah dalam kerja menggredkan tanah. Kaedah ini menggunakan helaian grid berskala tertentu yang diletakkan di atas pelan kontur. Pengiraan perbezaan ketinggian kontur asal dan ketinggian kontur cadangan dibuat pada titik yang garisan gridnya bersilang. Kaedah ini juga dikenali dengan nama kaedah grid.
octane numbernombor oktanaKejuruteraan AutomotifEnjinNombor yang mewakili purata campuran mengikut nisbah isi padu antara iso-oktana (CH) yang diberi indeks 100 dengan heptana normal (C,H,,) yang diberi indeks 0. Nilai ini berkadaran dengan keamatan ketukan bahan api tertentu dalam enjin piawai dalam keadaan operasi tertentu. Nombor oktana digunakan untuk menggredkan bahan api gasolin. Sinonim pengkadaran oktana.
cetane numbernombor setanaKejuruteraan AutomotifEnjinNombor yang mewakili purata campuran mengikut nisbah isi padu antara setana normal (CH) yang diberi indeks 100 dengan a-metil-naftalina (C16H,34 yang diberi indeks 0. Nilai ini berkadaran dengan keamatan ketukan bahan api tertentu dalam enjin piawai di bawah keadaan operasi tertentu. Nombor setana digunakan untuk menggredkan bahan api diesel.
viscosity ratingpengkadaran kelikatanKejuruteraan AutomotifEnjinPenunjuk kelikatan bagi minyak pelincir. Piawaian yang biasa digunakan adalah berdasarkan sistem klasifikasi yang dikeluarkan oleh Persatuan Jurutera Automotif (SAE), Amerika Syarikat untuk kegunaan musim panas dan musim sejuk. Contoh gred musim sejuk ialah SAE5W, SAE10W dan SAE20W. Manakala gred musim panas ditandakan sebagai SAE20, SAE30, SAE40 dan SAE50. Kebanyakan minyak pelincir biasa mempunyai dua gred contohnya SAE10W-50. Di samping piawaian ini, terdapat beberapa piawaian lain yang digunakan seperti ISO yang menggredkan minyak mengikut gred tertentu. Contohnya, minyak gred ISO 32 yang mempunyai julat kelikatan 28.8 cSt hingga 35.2 cSt dengan titik tengah 32 cSt.

Kembali ke atas