Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.gu.gat] | مڠݢوݢت

Definisi : menggoncang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.gu.gat] | مڠݢوݢت

Definisi : 1. mendakwa, mengadukan (perkara) kpd mahkamah; ~ pusaka mengadukan perkara pusaka kpd mahkamah; 2. mendesak supaya menepati janji, membangkitkan perkara yg sudah-sudah, mengkritik dgn keras, mencela, membantah, menyanggah: ahli Dewan Rakyat itu digugat oleh ahli-ahli partinya kerana tidak menepati janji; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.gu.gat] | مڠݢوݢت

Definisi : menjadikan keadaan (kedudukan dll) berubah atau tidak tetap; menggoncangkan; menggoyangkan: Kehadiran pelumba baru itu telah ~ kedudukannya sbg pelari yg paling pantas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[meng.gu.gat] | مڠݢوݢت

Definisi : 1 mengadukan sesuatu hal kpd mahkamah; menuntut di mahkamah; mendakwa: Jika hendak ~ orang, kita mesti mempunyai bukti-bukti yg nyata. 2 membangkit-bangkit perkara yg sudah-sudah; menuntut supaya ditepati janji dll; mencela dgn keras: Rakyat jelata telah ~ wakil-wakil mereka ke Parlimen kerana tidak menepati janji. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggugat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
العلةkecacatanAgama IslamHadithKecacatan yang boleh menggugat darjat Ḥadīth ṣaḥīḥ atau ḥasan.
differential settlementenapan kebezaanKejuruteraanTiadaEnapan asas yang tidak sekata yang boleh menggugat keselamatan dan kestabilan struktur. Ia juga boleh mengakibatkan kecondongan pada struktur yang terlibat.
disruptive technologyteknologi penggangguTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaTeknologi baharu yang menggantikan yang menggugat teknologi sedia ada yang lapuk. Teknologi ini direka hampir sama dengan teknologi sedia ada yang pernah digunakan misalnya perisian, perkakasan komputer, sistem rangkaian.
differential settlementenapan kebezaanKejuruteraanKejuruteraan BangunanEnapan asas yang tidak sekata yang boleh menggugat keselamatan dan kestabilan struktur. Ia juga boleh mengakibatkan kecondongan pada struktur yang terlibat.
security vulnerabilitykegoyahan keselamatanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKeadaan apabila terdapat pendedahan kepada perbuatan yang mampu menggugat keselamatan sesuatu sistem maklumat atau pelancaran pemprosesan sistem maklumat berkenaan.
anticipated operational occurrence (AOO)kejadian kendalian dijangkaSains NuklearKejuruteraan ReaktorPeristiwa atau keadaan yang diramal berpotensi untuk menggugat keselamatan reaktor nuklear semasa kendalian normal namun tidak mengakibatkan keadaan kemalangan.
g�tterd�mmerungg�tterd�mmerungKesusasteraanTiadaKarya sastera yang bertemakan keruntuhan dan kemusnahan dunia yang diiringi oleh keganasan yang menggugat ketamadunan manusia. Kekalahan tentera Austria dan rusia di Austerlitz yang dilukiskan oleh Tolstoy dalam karyanya War and Peace disebut g�tterd�mmerung. G�tterd�mmerung berasal daripada perkataan Jerman yang bermaksud �senja kala dewa-dewa�.
workplace victimizationpemangsaan tempat kerjaKriminologiKeadilan JenayahKeadaan seseorang pekerja yang menjadi mangsa secara fizikal atau bukan fizikal di tempat kerja yang menggugat kesejahteraan atau prestasi pekerja tersebut. Contohnya, membuli di tempat kerja, gangguan seksual dan mendedahkan pekerja kepada bahaya yang tidak wajar.
digestionpencernaanHerbaTiadaProses maserasi yang dilakukan pada suhu 40�C � 50�C bagi mempercepat pengekstrakan bahan herba. Penggunaan suhu yang terlalu tinggi akan menggugat kestabilan komponen kimia.
operation security (OPSEC)keselamatan pengendalian (OPSEC)Teknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerihal mengenal pasti maklumat kritikal yang bernilai pada pihak lawan seperti pengguna hasad. Maklumat tersebut boleh menggugat aktiviti biasa atau integriti data. Tiap langkah utama yang digunakan ialah: i. mengenal pasti data, maklumat, perbuatan, tindakan, dan aktiviti yang boleh diperhatikan secara bebas oleh pengguna hasad. ii. Menentukan petanda atau pembayang yang mungkin diperoleh pengguna hasad untuk menerbit atau meneka sesuatu maklumat kritikal dengan betul dalam suatu tempoh yang berguna kepadanya. iii. Mengambil tindakan untuk menghapus atau mengurangkan kewujudan petanda berkenaan ke suatu paras yang petanda tersebut tidak akan menjadi berguna kepada pengguna hasad berkenaan.
123

Kembali ke atas