elevation | elevasi | Sains Sukan | Biomekanik | Pergerakan anggota badan yang menghala ke atas pada satah frontal. Contohnya, pergerakan skapula (tulang bahu) yang menghala ke atas semasa latihan mengangkat bebanan. Lihat juga satah frontal. Banding depresi. |
depression | depresi | Sains Sukan | Biomekanik | Pergerakan anggota badan yang menghala ke arah bawah pada satah frontal. Contohnya, pergerakan skapula (tulang bahu) yang menghala ke bawah semasa latihan mengangkat bebanan. Lihat juga satah frontal. Banding elevasi. |
trichiasis | trikiasis | Perubatan | Tiada | 1. Keadaan apabila bulu di sekitar sesuatu rongga tumbuh menghala ke dalam, misalnya bulu mata yang menghala ke dalam. 2. Keadaan apabila air kencing kelihatan mengandungi filamen seperti rambut. |
pile extractor | pencabut cerucuk | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | 1. Alat yang digunakan untuk menukul cerucuk menghala ke atas bagi melonggarkan genggaman cerucuk dan mengeluarkan cerucuk dari bumi. Cerucuk dihentam dengan penukul menghala ke atas pada kepala cerucuk. 2. Penukul bergetar yang boleh melonggarkan genggaman tanah pada cerucuk dengan menggunakan getaran bergelombang tinggi. |
downwash | landa bawah | Aeroangkasa | Tiada | Komponen aliran udara yang menghala ke bawah disebabkan oleh aerofoil atau sayap.,Peningkatan sudut tuju dari pangkal ke penghujung sayap pesawat udara.,Kepak yang terletak di bahagian belakang sayap. Antara jenis kepak pinggir belakang ialah kepak pisah, kepak rata, kepak berlubang-alur dan Fowler.,Komponen aliran udara yang menghala ke bawah disebabkan oleh aerofoil atau sayap. |
recurvature | pelengkungan | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Perubahan arah pergerakan siklon tropika yang selalunya berlaku semasa siklon tropika bergerak di latitud tengah. Di hemisfera utara siklon tropika bergerak menghala ke barat atau barat laut melengkung ke arah timur laut. Di hemisfera selatan, siklon tropika bergerak menghala ke barat atau barat daya melengkung ke arah tenggara. |
ahead | maju | Pelayaran | Tiada | Keadaan menghala mengikut arah kapal dan berada di hadapannya. |
abaft | (ke) belakang | Pelayaran | Tiada | Menghala ke buritan kapal. |
aftward | (ke) belakang | Pelayaran | Tiada | Menghala ke belakang. |
introgastric | introgaster | Perubatan | Tiada | Berkaitan dengan sesuatu yang menghala atau mengarah kepada perut. |