Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ham.bat] | مڠهمبت

Definisi : menahan, meng­halang, menyekat, merintangi: pertem­pur­an satu lawan satu telah ~ kemajuan tentera Jepun; kapal perang itu telah ~ pelayaran kami; Islam tidak akan ~ kemajuan kerana apa yg dikaitkan dgn kemajuan juga di­bendung oleh hukum-hukum alam yg me­ngikut kehendak Allah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ham.bat] | مڠهمبت

Definisi : , memperhambat 1. mem­buru, mengejar (kerana hendak menangkap atau menyerang dll): ia ~ binatang itu sekuat-kuatnya; Peringgi pun pecahlah lalu lari ke air diperhambat oleh orang Melaka; 2. memikat (hati), menawan (hati): anak yg kecil itu ~ hati ibunya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ham.bat] | مڠهمبت

Definisi : menyekat (sesuatu pergerakan dll); menghalang; merintangi: Tanah runtuh telah ~ perjalanan kami ke Bentung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[meng.ham.bat] | مڠهمبت

Definisi : 1 mengejar kerana hendak menangkap, menyerang dll; memburu: Polis sedang ~ pencuri yg melarikan diri itu. 2 menawan hati; memikat hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hambat2
Kata Terbitan : menghambat, menghambat, terhambat, hambatan, penghambatan, penghambat,

Peribahasa

Bersesak berundur-undur,
     hendak lari malu,
hendak menghambat tak lalu.

Bermaksud :

Berpura-pura melawan, meskipun kesanggupan sudah tidak ada lagi.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
prostaglandinprostaglandinHerbaFitokimiaKumpulan asid lemak tak tepu yang terdapat dalam organ mamalia dan rembesan haiwan mamalia. Prostaglandin menghambat pengagregatan platlet darah dan proses inflamasi. Asid arakidonik merupakan pemula bagi sebatian prostaglandin.

Kembali ke atas