Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ham.par.kan] | مڠهمڤرکن

Definisi : 1. membentangkan (ti­kar dll): sehelai kertas dihamparkan utk alas; 2. ki membentangkan, menerangkan (dgn pan­jang lebar); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ham.par.kan] | مڠهمڤرکن

Definisi : 1 membuka sesuatu yg bergulung atau yg berlipat lebar-lebar; membentangkan: ~ tikar. 2 menerangkan sesuatu dgn panjang lebar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menghamparkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
opinio jurisopinio jurisUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKepercayaan sesebuah negara bahawa ia tertakluk kepada sesuatu amalan yang dianggap sebagai undang-undang. Opinio juris ialah unsur psikologi undang-undang adat antarabangsa selain daripada amalan negara. Contohnya, negara-negara tidak menggunakan kekerasan bagi menyelesaikan pertikaian kerana menganggap penggunaan kekerasan dalam hubungan antarabangsa adalah dilarang oleh undang-undang. Hal ini bermakna larangan penggunaan kekerasan ialah undangundang adat antarabangsa. Sebaliknya, jika sesebuah negara melakukan sesuatu amalan terhadap negara lain atas dasar persahabatan dan bukannya kerana merasakan ia ialah undang-undang, maka amalan berkenaan tidak dianggap sebagai undang-undang adat antarabangsa kerana tiada opinio juris. Contohnya, perbuatan menghamparkan permaidani merah kepada pemimpin asing, bukanlah undang-undang adat antarabangsa kerana negara berkenaan melakukannya atas dasar persahabatan, dan bukan kerana mereka merasakan bahawa ia merupakan satu amalan yang mengikat.

Kembali ke atas