Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hi.dap] | مڠهيدڤ

Definisi : , menghidapi menang­gung sesuatu penyakit dgn lama: ~ penyakit tibi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hi.dap] | مڠهيدڤ

Definisi : menanggung atau menderita sesuatu penyakit yg tidak mudah sembuh; selalu saja sakit: Sudah berapa lama kamu ~ penyakit ini? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menghidap

Peribahasa

Bagai ayam dimakan (= kena) tungau.

Bermaksud :

Pucat dan kuning kerana menghidap penyakit; sangat gelisah kelakuannya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
leperpesakit kustaPerubatanTiadaSeseorang yang menghidap leprosi.
despairputus asaPerubatanTiadaPerasaan hilang harapan atau kecewa yang dialami oleh pesakit kerana menghidap penyakit yang tidak ada rawatan yang berkesan.
neurosisneurosisPsikologiPsikologi UmumKeadaan kecelaruan mental yang lebih ringan daripada psikosis. Individu yang menghidap penyakit ini biasanya akan mengalami simptom kehilangan celik akal termasuk kegagalan dalam ujian realiti, kebimbangan neurosis, kecelaruan personaliti, disosiatif, obsesif-kompulsif atau fobia. Kebanyakan individu sering mengalami masalah ini dalam kehidupan mereka, namun keadaan tersebut tidak begitu menjejaskan kehidupan mereka dan masih boleh meneruskan kehidupan dengan baik. Contohnya, seseorang kanak-kanak yang pernah dikejar atau digigit anjing akan mengalami fobia terhadap anjing.
despairputus asaKejururawatanTiadaPerasaan hilang harapan atau kecewa yang dialami oleh pesakit kerana menghidap penyakit yang tidak ada rawatan yang berkesan.
sleep apneaapnea tidurPsikologiPsikologi UmumGangguan pada pernafasan secara berulangan semasa tidur. Individu yang menghidap apnea biasanya akan terhenti pernafasannya selama 20 saat hingga dua minit. Apabila keperluan oksigen menjadi begitu terdesak, individu tersebut akan terjaga dan menyedut udara dengan cepat tetapi tidur semula kemudiannya. Keadaan ini akan berulang beberapa kali di sepanjang malam hingga ke waktu pagi. Kesannya, individu ini sering mengantuk pada waktu siangnya. Punca utama apnea ialah otak berhenti menghantar maklumat kepada diafragma bagi mengekalkan pernafasan.
cyberchondriasiberkondriaPerubatanTiadaKebimbangan berlebihan akibat pembacaan maklumat kesihatan dalam talian hingga seseorang menyangka bahawa dirinya menghidap penyakit tertentu.
indemnity insuranceinsurans pampasanGerontologiTiadaBayaran ganti rugi atau insurans yang diberikan kepada seseorang apabila berlaku kemalangan atau menghidap sesuatu penyakit.
clinical psychologypsikologi klinikalPsikologiPsikologi UmumCabang psikologi yang mengkhusus kepada aplikasi teknik-teknik klinikal terhadap pesakit yang menghidap kecelaruan mental dan tingkah laku. Amalan teknik ini berpusatkan penilaian psikologi dan psikoterapi.
phenylketonurea (PKU))fenilketonurea (PKU)PsikologiPsikologi UmumSejenis penyakit genetik atau keturunan yang boleh mengakibatkan pesakitnya mengalami kerencatan mental. Kanak-kanak yang menghidap PKU biasanya tidak mempunyai enzim yang boleh memusnahkan asid fenilpiruvik, iaitu sejenis bahan kimia yang berbahaya pada badan. Apabila bahan kimia ini berkumpul dalam badan, kanak-kanak boleh mengalami kerencatan mental semasa berumur tiga tahun. Penyakit ini boleh dirawat sekiranya dikesan lebih awal atau mengamalkan pengambilan fenilanina dengan nasihat pakar perubatan.
outreach programprogram bantuanKejururawatanTiadaPerkhidmatan kesihatan yang diberikan kepada masyarakat tanpa menunggu mereka mendapatkan perkhidmatan tersebut. Contohnya, jururawat melawat individu yang menghidap penyakit di rumah sebelum individu tersebut datang ke klinik.
123

Kembali ke atas