Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hu.kum] | مڠحکوم

Definisi : 1. memberi keputusan (kete­tapan dll) berdasarkan undang-undang (oleh hakim), memberi seksaan (kurungan dlm penjara dll) kerana berbuat kejahatan dll: kalau tidak dihukum atau didenda orang yg membuat kesalahan makin lebih berani lagi ia berbuat demikian; pembunuh itu telah dihukum gantung; 2. mengkritik, mencela keras, sama sekali tidak bersetuju: hampir semua negara dunia ~ dasar perbezaan warna kulit Afrika Selatan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hu.kum] | مڠحکوم

Definisi : memberikan keputusan, ketentuan dll dgn berpandukan undang-undang; mendenda (seseorang) kerana melakukan sesuatu kesalahan: Pembunuh itu telah dihukum gantung. Tuan hakim telah ~ orang yg bersalah itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hukum (kata nama)
1. Rujuk undang-undang

2. Bersinonim dengan ketetapan: ketentuan, peraturan, cara, tatacara,

Kata Terbitan : hukuman, menghukum, menghukumkan, terhukum,

Peribahasa

Seperti ayam patuk (= mematuk) anaknya.

Bermaksud :

Menghukum anak: bukan untuk menyiksa, tetapi untuk memperbaiki kelakuan anak itu.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rod of chastisementkuasa menghukumSejarahTiadaTiada
with a view to a committaldengan tujuan menghukum untuk dibicarakanUndang-undangTiadaTiada
punitive expeditionekspidisi menderaSejarahTiadaPenghantaran tentera yang bertujuan untuk menghukum pemberontak-pemberontak dan lain-lain.
criminal lawundang-undang jenayahSejarahTiadaUndang-undang yang khusus untuk menghukum kesalahan jenayah.
powerkuasaSains PolitikHubungan AntarabangsaKesanggupan aktor untuk mempengaruhi, mengugut dan menghukum tingkah laku pihak lain walaupun bertentangan dengan kemahuan pihak di negara tersebut. Pemegang kuasa mempunyai keupayaan tertentu untuk mengubah dasar negara lain untuk mengikut arahan negara tersebut. Terdapat pelbagai bentuk kuasa seperti pemujukan secara rasional, ekonomi, budaya, teknologi dan ketenteraan. Kuasa ketenteraan biasanya digunakan sebagai tindakan akhir. Contohnya, Amerika Syarikat menggunakan kuasa ketenteraan terhadap Iraq kerana penaklukan Iraq terhadap Kuwait pada tahun 1990.
national criminal jurisdictionbidang kuasa jenayah nasionalUndang-undangUndang-undang AntarabangsaBidang kuasa sesebuah negara untuk menghukum perbuatan jenayah. Bidang kuasa ini termasuk bidang kuasa pihak penguatkuasa seperti polis untuk menangkap penjenayah, dan bidang kuasa mahkamah domestik untuk mengadili penjenayah. Bidang kuasa jenayah nasional ditentukan sendiri oleh negara berkenaan melalui proses perundangan. Terdapat keadaan apabila beberapa buah negara menuntut untuk mengadili seseorang penjenayah. Dalam hal ini, undang-undang antarabangsa mengatur tuntutan-tuntutan tersebut dan menentukan beberapa prinsip umum. Contohnya, Encik X, seorang warganegara A disyaki melakukan jenayah keganasan di negara B. Mangsa terdiri daripada warganegara B dan C. Negara A boleh menuntut untuk mendakwa X kerana si penjenayah ialah warganegaranya, dengan syarat Negara A mempunyai undang-undang jenayah yang meliputi aktiviti keganasan di luar wilayahnya. Negara B juga boleh menuntut untuk mendakwa X kerana jenayah tersebut berlaku dalam wilayahnya dan mangsa jenayah tersebut ialah warganegaranya
legal sanctionisbat undang-undangSains PolitikHubungan AntarabangsaTindakan berbentuk diplomatik, ekonomi atau ketenteraan yang dilakukan melalui sistem keselamatan kolektif yang bertujuan untuk menghukum pihak yang melanggar undangundang antarabangsa. Piagam PBB memperuntukkan Majlis Keselamatan mengambil tindakan terhadap negara yang melanggar undang-undang antarabangsa dengan menggunakan ketenteraan seperti pengepungan melalui jalan darat dan air, manakala isbat undang-undang tanpa ketenteraan pula adalah dengan cara memutuskan sepenuhnya atau beberapa aspek hubungan ekonomi dan komunikasi atau memutuskan hubungan diplomatik dengan negara terbabit. Majlis Keselamatan PBB pernah melakukan embargo ekonomi terhadap Rhodesia pada tahun 1966 setelah mengisytiharkan keadaan dalaman yang melibatkan krisis iredenta isbat undang-undang perkauman negara tersebut yang mengancam keselamatan dan keamanan antarabangsa.
military courtmahkamah tenteraUndang-undangUndang-undang AntarabangsaMahkamah yang diberi kuasa untuk membicarakan anggota tentera bagi kesalahan di bawah undang-undang ketenteraan dan menghukum mereka jika didapati bersalah. Mahkamah tentera mempunyai struktur yang terpisah daripada mahkamah awam. Mahkamah tentera biasanya berperanan semasa berlakunya konflik bersenjata tetapi terdapat juga negara yang membenarkan mahkamah tentera berfungsi semasa keadaan aman.
effective commandperintah berkesanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKuasa penuh terhadap orang bawahan. Kuasa ini perlu dimiliki oleh seseorang komander tentera terhadap orangorang bawahannya, atas prinsip tanggungjawab perintah, iaitu tanggungjawab untuk menghalang orang-orang bawahannya daripada melakukan jenayah perang atau jenayah terhadap kemanusiaan, atau gagal menghukum mereka yang melakukan jenayah perang atau jenayah terhadap kemanusiaan.
torturependeraanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerbuatan yang menyebabkan kesakitan atau penderitaan yang sangat teruk terhadap seseorang, sama ada secara fizikal atau mental. Berdasarkan Konvensyen Melawan Penderaan atau Perlakuan atau Hukuman Lain yang Kejam, Tak Berperikemanusiaan atau Merendahkan, tujuan penderaan adalah untuk mendapatkan maklumat atau pengakuan, menghukum atas apa yang telah dilakukan, menggertak atau menakutkan seseorang. Penderaan dilakukan atau dihasut dengan keizinan seorang pegawai kerajaan. Contoh penderaan ialah perbuatan memotong anggota tubuh, mematahkan tulang dan melemaskan mangsa. Walau bagaimanapun, kesakitan atau penderitaan yang berlaku akibat sanksi (hukuman) undang-undang tidak termasuk dalam kategori penderaan.
12

Kembali ke atas