tinkerbell program | atur cara tinkerbell | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perisian pemantauan yang digunakan oleh pentadbir sistem untuk mengimbas penyambungan ke rangkaian komputer untuk mengimbas penyambungan ke rangkaian komputer atau membanteras penyalahgunaan identiti pengguna. Perisian ini akan memberi amaran kepada pentadbir sistem apabila sambungan ke rangkaian tersebut cuba dilakukan daripada lokasi tertentu atau lokasi yang tidak diketahui. Amaran aman diberikan setiap kali sistem cuba dicapai dengan menggunakan ID tertentu. Contohnya, perisian ini akan bertindak menghubungi pentadbir sistem apabila terdapat percubaan mencapai sistem menggunakan ID dan kata laluan ketua organisasi, atau ID yang berkeistimewaan tinggi. |
spider program | atur cara lelabah | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Atur cara terautomasi yang mengimbas setiap laman atau fail data dalam sesebuah komputer, rangkaian, atau keseluruhan Internet untuk mencari dan menyalin fail yang menepati ciri atau pola kandungan seperti yang telah ditetapkan oleh pengatur cara lelabah tersebut. Atur cara lelabah biasanya digunakan oleh enjin gelintar untuk membantu mencari maklumat dalam Internet. Atur cara ini juga dihasilkan untuk membolehkan pengguna hasad mengimbas seluruh kandungan prasarana pengkomputeran organisasi tanpa perlu melakukan arahan yang banyak. |
scanning limit | had mengimbas | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
scanning frequency | frekuensi mengimbas | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
confocal scanning microscope | mikroskop mengimbas sefokus | Kejuruteraan | Tiada | Mikroskop yang menggunakan cakera Nipkow atau laser dengan melakukan imbas raster ke atas titik duga untuk memperoleh imej kontras tinggi. |
progressive scan | imbas progresif | Teknologi Maklumat | Tiada | Teknik mengimbas imej yang mengumpul data dan memprosesnya pada setiap baris imbasan satu demi satu mengikut turutan. Teknik ini merupakan sistem penyegaran bukan selang-seli yang menghapuskan kerlipan pada monitor CRT. Sistem ini menghantar maklumat kepada setiap piksel pada skrin secara berturutan - kiri ke kanan, atas ke bawah - untuk menjana imej. Imbas progresif menjana imej yang lebih berkualiti berbanding imbas selang-seli. |
reminiscence therapy | terapi kenangan | Kejururawatan | Tiada | Intervensi untuk mengimbas kembali peristiwa bermakna yang dilalui semasa kaunseling. |
optical scanner | pengimbas optik | Teknologi Maklumat | Tiada | Peranti yang mengimbas secara optik dan biasanya menjana isyarat analog atau digital. |
cast | ayun imbas | Sukan | Tiada | 1. Ayun imbas: Ayunan mengimbas badan ke atas yang dilakukan dengan sokongan depan di atas palang. |
scintigraphy | sintigrafi | Kejuruteraan | Tiada | Kaedah untuk melihat organ penting dengan mengimbas bahagian berkenaan dengan pengesan kelipan selepas suntikan sebatian berlabel. |