Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngion.kan] | مڠييونکن

Definisi : menukarkan atau menyebabkan sesuatu menjadi ion: sinaran yg masuk ke dlm kebuk ini akan ~ molekul udara pd jejak laluannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngion.kan] | مڠييونکن

Definisi : menukarkan atau menyebabkan sesuatu bahan, molekul dsb menjadi ion: Sinaran itu akan ~ molekul udara pd jejak laluannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengionkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ionizing radiationsinaran pengionKejuruteraanPolimerSinaran yang berupaya mengionkan bahan dengan tenaga zarah atau foton dalam julat 10 keV hingga 10 MeV.
ionization energytenaga pengionanKejuruteraanTiadaTenaga minimum yang diperlukan untuk mengionkan atom atau molekul yang berada dalam keadaan asas.
air ionising electrodeelektrod mengion udaraKejuruteraanTiadaElektrod berbahan radioaktif yang boleh mengionkan udara.
avalancheruntuhanFizikModenProses kumulatif yang elektron atau zarah bercas lainnya yang terpecut oleh medan elektrik yang kuat berlanggar dengan molekul gas dan seterusnya mengionkan molekul gas berkenaan, dan dengan itu membebaskan elektron-elektron baharu yang menyebabkan lebih banyak pelanggaran dan pengionan berlaku.
cloud chamberkebuk awanKimiaTiadaKebuk yang mengandungi udara yang tepu lampau dengan wap (lazimnya alkohol) yang digunakan untuk mengkaji zarah asas sampel radioaktif. Zarah seperti elektron, proton dan zarah alfa berkeupayaan mengionkan molekul di dalam kebuk sewaktu zarah ini bergerak. Ion yang tertinggal dalam jejakan zarah merangsang kondensasi wap menjadi cecair, dengan itu jejak zarah dapat dilihat di dalam kebuk tersebut.
primary ionizationpengionan primerFizikAtom dan NuklearPengionan gas dalam kebuk bertekanan rendah oleh zarah bercas atau sinar-X bagi menghasilkan pasangan elektron dan ion primer. Di bawah pengaruh medan elektrik anod dan katod, elektron primer yang terbentuk ini dipecutkan ke anod sehingga memperoleh tenaga kinetik yang lebih besar dan mampu mengionkan gas lain dalam kebuk bagi menghasilkan pengionan sekunder.

Kembali ke atas