cargo declaration | akuan kargo | Sukan | Tiada | Penyataan mengisytiharkan hantaran kargo kepada pihak yang membayar insurans. |
declaration date | tarikh isytihar | Pentadbiran | Tiada | Tarikh lembaga pengarah mengisytiharkan dividen. |
memorandum of association | memorandun persatuan | Pentadbiran | Tiada | Dokumen yang mengisytiharkan penubuhan syarikat. |
ouster clause | fasal penyingkiran | Undang-undang | Tiada | fasal yang mengisytiharkan sesuatu tindakan pentadbiran sebagai muktamad dan tidak boleh dipersoalkan di mahkamah. |
declaratory judgement | penghakiman perisytiharan | Undang-undang | Tiada | Penghakiman yang hanya menyatakan pendapat mahkamah tentang sesuatu isu atau yang mengisytiharkan hak sesuatu pihak tanpa menyatakan bagaimana pendapat atau hak itu boleh dikuatkuasakan. |
polling day | hari mengundi | Undang-undang | Tiada | Tempoh yang bermula pada permulaan hari pemungutan undi dalam sesuatu pilihan raya sepatutunya bermula dan berakhir pada masa pegawai pengurus mengisytiharkan keputusan pilihan raya. |
persona non grata | persona non grata | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Orang asing yang tidak dialu-alukan daripada memasuki sesebuah negara atau kekal berada di dalam sesebuah negara. Sesebuah negara boleh mengisytiharkan seseorang diplomat asing sebagai persona non grata, sebagai satu kaedah teguran paling serius kepada diplomat asing yang dilindungi oleh kekebalan dan ketakbolehcabulan daripada tangkapan dan pendakwaan. Pengisytiharan persona non grata biasanya disebabkan oleh diplomat tersebut didapati terlibat dalam kegiatan mengintip, cubaan menggulingkan kerajaan atau mencampuri urusan dalaman negara berkenaan. Pengisytiharan penolakan ini terkandung dalam Perkara 32 Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961 yang menyatakan bahawa negara penerima berhak untuk tidak menyatakan alasan atas pengisytiharan persona non grata tersebut. Contohnya, pada tahun 2011, pemerintah Kuwait telah mengumumkan sejumlah diplomat Iran sebagai persona non grata atas tuduhan melakukan intipan, yang menyebabkan mereka diusir dari Kuwait. |
endangered botanical species | spesies tumbuhan terancam | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Spesies tumbuhan yang hampir pupus disebabkan oleh faktor utama seperti kehilangan habitat dan kehilangan variasi genetik. Menurut Dokumen Panduan Pendaftaran Dadah (DRGD), pemohon pendaftaran produk ubat bertanggungjawab untuk mengisytiharkan sumber ramuan herba yang disenaraikan di bawah Akta Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam 2008 (Akta 686). Sekiranya bahan tersebut berasal dari sumber tempatan, permit atau lesen khas perlu diperoleh dari Jabatan Pertanian. |
neutral | neutral | Sains Politik | Politik Perbandingan | Dasar tidak memihak kepada mana-mana individu, kelompok, pertubuhan atau negara yang sedang bersaing dengan pihak lain. Konsep ini selalu digunakan untuk merujuk persaingan antara blok timur dan barat dalam era Perang Dingin apabila sebilangan negara sedang membangun mengisytiharkan bahawa mereka tidak memihak kepada blok timur atau barat. Dasar tidak memihak mula dikemukakan oleh Tito (Yugoslavia), Soekarno (Indonesia) dan Nkrumah (Ghana) semasa persidangan awal Pergerakan Negara Tidak Berpihak. Hasilnya, kumpulan negara ini menubuhkan pergerakan yang tidak terikat dengan mana-mana pihak yang digelar sebagai Pergerakan Negara Berkecuali (NAM). |
virtual function | fungsi maya | Teknologi Maklumat | Perisian | Fungsi yang tingkah lakunya boleh diatasi dalam suatu kelas yang diwarisi oleh suatu fungsi yang mempunyai ciri yang sama. Konsep ini penting dalam bahagian polimorfisme bagi pengaturcaraan berorientasikan objek. Contoh kegunaan fungsi maya adalah untuk mengatasi masalah dengan penyelesaian jenis-medan dan membenarkan pengatur cara mengisytiharkan fungsi dalam kelas asas yang boleh ditakrifkan semula dalam setiap kelas terbitan. |