trolling | mengolak | Perikanan | Tiada | Kaedah menarik perhatian ikan pemangsa kepada umpan di dalam air. Dalam kaedah ini, tali pancing ditunda di bahagian belakang bot secara perlahan-lahan untuk menarik perhatian ikan, seperti tenggiri dan tongkol. |
dead bait | umpan mati | Perikanan | Tiada | Umpan daripada ikan atau sotong yang telah mati, digunakan oleh pemancing untuk menangkap ikan pemangsa dengan teknik merawai, mengerek (mengolak) atau menggunakan pancing. Umpan mati dilekatkan kepada mata kail secara manual atau automatik dengan menggunakan mesin. |
spearfish/sailfish | layaran | Perikanan | Tiada | Sejenis ikan pelagik besar daripada famili Istiophoridae, genus Istiophorus. Ikan layaran mempunyai badan dan sirip dorsal yang panjang serta muncung seakan-akan tombak. Ikan ini boleh berenang dengan kelajuan sehingga 110 km sejam. Ikan layaran merupakan ikan rekreasi yang bernilai tinggi. Cara untuk menangkap ikan ini adalah dengan menggunakan pancing atau mengolak. Lihat juga mengolak. |
spanish mackerel | tenggiri | Perikanan | Tiada | Sejenis ikan laut jenis pelagik yang bersaiz besar daripada famili Scombridae, genus Scomberomorus. Tenggiri digemari pemancing kerana sifatnya yang kuat melawan. Ikan ini biasanya dipancing menggunakan teknik mengail atau mengolak. |
Indo-pacific king mackerel | tenggiri papan | Perikanan | Tiada | Sejenis ikan pelagik besar daripada famili Scombridae, spesies Scomberomorus guttatus. Tengiri papan merupakan ikan pemangsa, berenang dalam kumpulan kecil, mempunyai badan berbintik dan sirip belakang yang berwarna hitam. Ikan ini gemar memakan ikan tamban dan sotong. Ikan tenggiri ini boleh ditangkap menggunakan pancing, pukat hanyut atau mengolak. |
longtail tuna | aya hitam | Perikanan | Tiada | Sejenis ikan pelagik daripada famili Scombridae, spesies Thunnus tonggol, iaitu sejenis ikan yang berbentuk bulat, memanjang dan menirus di bahagian belakang badannya. Bahagian atas badannya berwarna biru gelap sehingga kehitam-hitaman, manakala bahagian bawah badannya berwarna putih keperak-perakan. Ikan jenis ini hidup secara berkumpulan di laut lepas serta bermigrasi dalam jarak yang jauh mengikut musim. Ikan ini dikategorikan sebagai ikan rekreasi dan boleh ditangkap dengan cara mengolak atau merawai. Nama lain bagi ikan ini ialah tongkol dan aya. |
dogtooth tuna | aya tenggiri | Perikanan | Tiada | Sejenis ikan pelagik daripada famili Scombridae, spesies Gymnosarda unicolor, iaitu sejenis ikan berbentuk bulat, memanjang dan menirus di bahagian belakang badannya. Bahagian belakang badannya berwarna biru kehijau-hijauan dan di bahagian sisinya berwarna keperak-perakan. Saiz badannya boleh membesar sehingga 2.50 meter. Ikan jenis ini hidup secara berkumpulan di laut lepas serta bermigrasi dalam jarak yang jauh mengikut musim. Aya tenggiri dikategorikan sebagai ikan rekreasi dan boleh ditangkap dengan cara mengerek (mengolak) atau merawai. |
black marlin | mersuji hitam | Perikanan | Tiada | Sejenis ikan daripada famili Istiophoridae, spesies Maikara indica yang mempunyai muncung tajam seperti tombak, bahagian belakang berwarna biru gelap dan bahagian bawah berwarna putih keperak-perakan. Mersuji hitam hidup di laut lepas dan bersifat pelagik, aktif bergerak, berhijrah jauh dari satu kawasan ke kawasan yang lain mengikut musim dan suka menerkam mangsa seperti sotong dan ikan. Ikan ini dikategorikan sebagai ikan rekreasi bersaiz besar yang memberikan pertarungan sengit kepada pemancing dan biasanya ditangkap menggunakan kaedah mengerek (mengolak). |